`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, August 5, 2019

'Patik mohon ampun Tuanku'

a screenshot of text: Laporan portal berita Harian Metro hari ini mengenai penjelasan Tunku Azizah berhubung isu dibangkitkan Nurhidayah.© Provided by Media Prima Laporan portal berita Harian Metro hari ini mengenai penjelasan Tunku Azizah berhubung isu dibangkitkan Nurhidayah.surayaroslan@hmetro.com.my
“PATIK mohon ampun kepada Baginda dan menghargai setiap usaha murni Baginda menubuhkan TAFF (Yayasan Fertiliti Tunku Azizah) bagi membantu wanita yang betul-betul memerlukan zuriat seperti saya,”.
Demikian permohonan maaf oleh Nurhidayah Abdul Wahab, 32, kepada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas keterlanjurannya menulis komen di Facebook I Love Pahang mengatakan layanan diterima daripada kakitangan bertugas di TAFF bersikap kurang ajar dan biadap.
Nurhidayah berkata, permohonan maaf itu bagi menjernihkan keadaan dengan Baginda yang sangat dihormati dan disayangi sehingga Baginda mengeluarkan ciapan di Twitter menjelaskan situasi sebenar.
“Sebagai anak jati Pahang, saya sangat menyayangi Baginda sebagai Permaisuri Agong dan mengakui menulis di Facebook dalam keadaan emosi kurang stabil selepas bercakap telefon dengan salah seorang kakitangan di TAFF.
“Jika berpeluang berjumpa Baginda, saya akan melakukan permohonan maaf secara berdepan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menjelaskan situasi sebenar, Nurhidayah yang sudah sembilan tahun berkahwin dan belum dikurniakan zuriat mendakwa, dia menghubungi TAFF lebih 50 kali bermula 8 pagi, Khamis lalu.
“Saya hanya dapat bercakap dengan salah seorang kakitangan TAFF pada 10.40 pagi hari sama dan mula bertanyakan beberapa soalan.
“Bagaimanapun jawapan diberikan dijawab dalam keadaan kurang mesra terutama apabila saya bertanyakan adakah ia terbuka untuk anak jati Pahang saja.
“Namun individu itu menjawab dalam keadaan sinis, tidak kira anak jati Pahang atau Johor, terbuka kepada seluruh negeri,” katanya.
Menurutnya, jawapan kakitangan berkenaan dirasakan sangat biadap dan tidak melambangkan dia bekerja dengan Baginda yang mempunyai budi pekerti mulia.
“Bagaimanapun, saya enggan memanjangkan cerita dan sekali lagi memohon maaf kepada Baginda,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.