`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, May 22, 2022

Lelaki disyaki rogol anak saudara tumpang tidur bilik isteri

 

Polis berkata mangsa berusia 15 tahun cuba melawan namun tidak berdaya menjerit kerana terlalu takut.

PETALING JAYA: Seorang lelaki dipercayai merogol anak saudara ketika menumpang tidur dalam bilik sama dengan isterinya, dalam kejadian di sebuah taman perumahan, di Sungai Petani, Kedah.

Ketua Polis Kuala Muda, Zaidy Che Hassan, berkata mangsa berusia 15 tahun itu cuba melawan namun tidak berdaya, malah remaja perempuan itu mendakwa tidak berani menjerit kerana terlalu takut.

Katanya, susulan itu suspek berusia 34 tahun yang juga tukang peralatan aluminium ditahan kira-kira 12.30 malam tadi, selepas laporan polis dibuat berhubung kejadian yang didakwa berlaku tengah malam kelmarin.

Difahamkan, mangsa yang sudah berhenti sekolah sebelum ini dijaga neneknya, namun terpaksa menumpang beberapa hari di rumah suspek kerana neneknya pulang ke kampung mereka di Pendang.

Zaidy ketika mengulas lanjut, berkata berdasarkan laporan, mangsa mendakwa suspek masuk ke bilik tidur sebelum meraba tubuh serta merogolnya.

“Siasatan lanjut mendapati ketika kejadian mangsa tidur dalam sebuah bilik bersama ibu saudaranya yang juga isteri suspek dan dua sepupu berusia lapan dan tujuh tahun.

“Mangsa kemudian dibawa menjalani pemeriksaan di hospital dan menemukan kesan tusukan benda tumpul selain koyakan baharu pada kemaluan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Zaidy berkata, suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.