`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, May 22, 2022

Saya Sudah Bilang, Kalau Gaji Minima RM1,500 Majikan Akan Pilih Graduan Universiti Buat Kerja Budak SPM. Its Happening Now.

 Bagi pemimpin politik dan Menteri yang tak faham bisnes, tak pernah berniaga, tak pernah buka bisnes sendiri, tak pernah cari duit untuk bayar gaji pekerja, tak pernah bayar EPF atau SOCSO tentu sekali mereka tidak akan faham apa yang sedang berlaku dalam ekonomi negara.

 
Malaysia itu bukan terhad kepada Kuala Lumpur sahaja. Atau Lembah Kelang, Putrajaya atau negeri Selangor. Malaysia itu lebih luas dengan 13 negeri, Wilayah Persekutuan dan beratus bandar dan pekan dan beribu kampong.
 

 Kerajaan yang tidak faham buat dasar ekonomi yang berguna telah menetapkan Gaji Minima. Bermula dengan RM900, naik menjadi RM1,200 dan sekarang sudah mencapai RM1,500.

Sila lihat peta Malaysia di atas. Percayalah paling banyak supermarket, pasar mini, kilang dan hotel di Sibu, Sri Aman, Sareikei, Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Keluang, Pekan, Batu Arang, Temerloh, Kuala Lipis, Bagan Serai, Bagan Datok, Kota Tinggi, Muar, Jasin, Alor Gajah, Kangar, Arau, Taiping, Dungun, Besut, Kedai Lalat, Kuala Kerai TIDAK mampu menjana jualan bulanan (monthly sales) dan alir tunai (cash flow) yang cukup untuk bayar Gaji Minima RM1,500 sebulan kepada bebudak lepasan SPM yang ramai daripada mereka tidak tahu mengeja nama mereka tanpa merujuk Kad Pengenalan dulu.  Di kesemua bandar-bandar kecil dan pekan yang disenaraikan ini Gaji Minima RM1,500 sebulan adalah sangat lumayan terutama sekali bagi kanak-kanak berumur 18 tahun yang hanya belajar Tingkatan 5.
 
Dan yang lagi rumit ialah hakikatnya bahawa Gaji Minima RM1,500 itu sebenarnya sudah melebihi gaji yang di bayar kepada graduan university oleh banyak majikan di bidang swasta.  Ikut realiti ekonomi kita sekarang ramai graduan universiti sanggup bekerja untuk bayaran gaji sekitar RM1,000++ sahaja sebab peluang pekerjaan sekarang sangat terhad dan mereka tiada pilihan lain.
 
Saya kenal seorang anak muda mempunyai Phd (bergelar Doktor dalam business card dia) yang menjadi ejen sewa beli rumah (property agent). Mungkin dia berhutang puluhan ribu Ringgit pinjaman PTPTN untuk bayar empat tahun belajar ijazah, dua tahun Masters dan mungkin tiga-empat tahun PhD (10 tahun di universiti) tetapi menjadi agen sewa dan jual rumah.
 
Saya sudah sebut dulu lagi bahawa jika Gaji Minima naik jadi RM1,500 sebulan maka peluang pekerjaan bebudak lepasan SPM akan menjadi lebih terjejas sebab mereka akan terpaksa bersaing dengan berpuluhan ribu graduan universiti (ijazah dan diploma) yang akan berebut peluang mendapat "Gaji Minima" RM1,500 sebulan.
 
Dan bagi majikan pula, untuk bayaran gaji minima RM1,500 tentu sekali mereka lebih suka  mengambil calon yang berdiploma dan berijazah berbanding dengan mengambil bebudak lepasan SPM yang mungkin bermasalah untuk menulis nama penuhnya dengan betul.  
 
Dan inilah yang kita boleh melihat dalam iklan MAS yang berikut:
 

 
Iklan MAS ini untuk mengisi jawatan Cabin Crew meletakkan kelayakan  diploma dan ijazah. Tidak disebut SPM pun.

Ini tidak bermaksud bahawa bebudak lulusan SPM sudah tidak layak buat kerja bancuh kopi dan menolak troli jual barang duty free sewaktu penerbangan. Untuk bayaran gaji yang agak lumayan juga (tidak boleh kurang daripada Gaji Minima RM1,500) MAS lebih suka memilih calon yang berdiploma dan berijazah daripada bebudak lulusan SPM (seperti dulu).

Saya yakin tangga gaji yang ditawarkan MAS untuk jawatan Cabin Crew ini adalah lebih daripada RM1,500 sebulan. Tetapi oleh kerana terdapat terlalu ramai graduan universiti yang menganggur dan sanggup menerima Gaji Minima RM1,500 pun maka why not ambil calon berdiploma dan berijazah daripada bebudak lepasan SPM untuk jawatan rendah Cabin Crew.

Saya yakin antara anak muda yang akan memohon Cabin Crew ini akan termasuk calon lulusan engineer, lawyer dan mungkin doktor sekali. 
 
Sebab dua perkara:
 
No 1. peluang pekerjaan dalam negara kita sudah tipis. Terutama sekali peluang pekerjaan yang padan atau setimpal dengan kelayakan berpuluhan ribu graduan universiti (diploma dan ijazah) yang sedang menganggur.
 
No. 2 Gaji Minima RM1,500 sebulan yang agak tinggi itu mampu menarik graduan universiti "merebut"  kerja-kerja gred rendah seperti bancuh kopi dan cuci tandas atas kapalterbang sebab Gaji Minima RM1,500 tidak jauh daripada gaji yang mereka boleh cari di sektor swasta sekarang. 
 
Pendek kata, bebudak lepasan SPM akan terpinggir dan terpanggang. Dalam keadaan ekonomi negara yang entah ke mana ini  Gaji Minima RM1,500 itu adalah sangat lumayan. 

Percayalah, anak-anak muda yang berdiploma, berijazah, mempunyai Masters degree dan PhD semuanya akan merebut jawatan Gaji Minima RM1,500 sebulan - walaupun untuk bancuh kopi dan jual rokok dalam pesawat penerbangan. Mereka tidak ada pilihan lain.

Soalan cepu mas : Habis bebudak yang lepasan SPM nak cari kerja apa pula?

Kalau nak lagi cepat bunuh diri, why not naikkan Gaji Minima jadi RM3,000 sebulan?

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.