`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 5, 2022

Banjir Baling: Mayat wanita hamil, ibu mertua ditemui berpelukan

 

Banjir besar melanda Baling petang semalam menyebabkan beberapa rumah hanyut.

PETALING JAYA: Mayat wanita hamil dan ibu mertuanya yang dilaporkan hilang semalam di Kampung Iboi, Kupang, Kedah ditemui pada 9.30 pagi tadi.

Mangsa ditemui dalam keadaan berpelukan di bawah timbunan batang pokok kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka yang turut dihanyutkan arus deras.

Identiti mangsa dikenali Nurul Anis Abu Hassan, 28, yang hamil empat bulan itu bersama ibu mertua, Salmah Mat Akib, 53.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon, kedua-dua mayat ditemui dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Mangsa dipercayai hanyut sebelum tersangkut pada kayu dan batu menyebabkan mangsa terperangkap di bawah timbunan kayu.

“Pasukan penyelamat ternampak kaki mangsa dan berjaya mengeluarkan mangsa pertama dan diikuti mayat kedua,” katanya, menurut laporan Harian Metro.

Sementara itu, mayat seorang lagi ahli keluarga mangsa, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, ditemui sekitar 11.55 pagi tadi.

Terdahulu, suami kepada Salmah, Abd Rahman Said, 71, berkata tiga sekeluarga itu dipercayai hilang selepas rumah didiami mereka dihanyutkan arus deras, petang semalam.

Katanya, dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Nurul Anis sempat menelefon untuk memaklumkan paras air yang semakin naik di kawasan rumah mereka. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.