`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, July 31, 2022

111 bakal jemaah haji terkandas tuntut ganti rugi RM3 juta

 

Wakil mangsa, Mohd Hanif Mohd Salleh (kiri) dan Peguam Muhammad Nazrin Mohd Seth menunjukkan laporan polis yang dibuat mangsa bakal jemaah haji terkandas.(Gambar fail )

BANGI: Seramai 111 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal bulan ini bakal memfailkan tuntutan sivil di Mahkamah Tinggi terhadap sebuah agensi pelancongan atas dakwaan penipuan pakej haji.

Tuntutan tersebut difailkan menerusi firma guaman Tetuan Toriq Seth and Partner, menurut wakil peguam, Muhammad Nazrin Mohd Seth.

Katanya, jumlah kerugian yang dicatatkan setakat ini dianggarkan berjumlah RM3 juta berserta dengan ganti rugi emosi dan teladan.

Nazrin berkata, meskipun terdapat laporan media mengatakan bahawa pihak agensi yang terlibat mahu membuat pembayaran secara berperingkat namun sehingga kini masih belum ada bakal jemaah yang menerima wang mereka.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Wang yang telah dibelanjakan oleh jemaah haji untuk menunaikan ibadah haji yang mana pihak agensi pelancongan terlibat sehingga kini masih gagal, enggan, abai untuk dikembalikan setelah pihak agensi menyempurnakan tawaran mereka kepada jemaah.

“Pihak jemaah yang terlibat telah bersedia dengan maklumat dan dokumen masing-masing untuk meneruskan dengan tuntutan,” katanya dalam sidang media.

Selain itu, pihaknya juga menggesa kerajaan terutamanya Kementerian Kesenian dan Budaya (MOTAC) untuk melaksanakan penguatkuasaan seperti mana diperuntukkan bawah Akta Industri Pelancongan 1992.

“MOTAC boleh melakukan siasatan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 41 akta tersebut berhubung peristiwa yang telah berlaku,” ujarnya.

Difahamkan juga, terdapat kira-kira 100 laporan polis telah dibuat bakal jemaah terlibat, namun didakwa hanya sebahagian sahaja yang telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Malah, Nazrin berkata, terdapat juga laporan tambahan yang mana bakal jemaah memaklumkan pihak agensi telah meminta 10 jap cari mereka untuk tujuan pemprosesan visa.

“Keadaan ini membimbangkan pihak jemaah kerana khuatir cap jari tersebut berada di dalam rekod milik pihak agensi pelancongan berkenaan disalahgunakan bagi tujuan lain yang boleh dikaitkan dengan jemaah tersebut,” tambahnya.

Dalam pada itu, pihaknya juga memohon pertimbangan Tabung Haji agar memberikan keutamaan kepada bakal jemaah haji yang terkandas baru-baru ini untuk mengerjakan haji pada tahun depan melalui muassasah Tabung Haji.

Pada 7 Julai lalu, seramai 380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA, dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

Visa furada adalah visa yang diuruskan sendiri dan dilapor dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH.

Lima orang individu termasuk pemilik agensi pelancongan yang dipercayai terbabit insiden telah ditahan bagi, bagaimanapun sehingga kini mereka masih belum disabitkan sebagai bersalah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.