`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, July 29, 2022

2 kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang di Beluran

 

Dua kanak-kanak perempuan Nur Hawa Syaqira Jeif, 12 dan adiknya Nurul Syuhada Asyiqim Jeif, 9, dilaporkan hilang sejak 26 Julai lalu. (Gambar polis)

PETALING JAYA: Polis memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan dua kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang, di Beluran, Sabah sejak 26 Julai lalu.

Dua kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Nur Hawa Syaqira Jeif, 12 dan adiknya Nurul Syuhada Asyiqim Jeif, 9 tahun.

Mereka dilaporkan hilang dari rumah keluarga mereka di Ladang Monsok, Beluran.

Ketua Polis Beluran Kasim Muda berkata, mengikut laporan diterima, kedua-dua mangsa disedari hilang kira-kira jam 10 pagi.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Katanya, menurut bapa mangsa, Jeif Wong, 46, kali terakhir dia melihat kedua-dua anaknya kira-kira jam 8 pagi sebelum keluar ke tempat kerja.

“Sebaik menyedari kehilangan anaknya, bapa mangsa turut menghebahkan kehilangan itu di media sosial.

“Selepas itu, ada saksi mendakwa melihat kedua-dua mangsa hilang di Hotel London, Sandakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kasim berkata setakat ini, dua mangsa terbabit masih gagal ditemui dan operasi mencari sedang giat dijalankan di sekitar Ladang Monsok dan Hotel London, Sandakan.

Sehubungan itu, Kasim menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kedua-dua mangsa boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran di talian 089-511222.

Katanya, maklumat juga boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Muhammad Fakhrullah Wahad di talian 013-5126121 atau mana-mana balai polis berhampiran. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.