`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, February 6, 2023

Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo siap Nov ini

 

Alexander Nanta Linggi (kiri) melawat tapak pembinaan Lebuhraya Pan Borneo seksyen Bukit Begunan di Sri Aman hari ini. (Gambar Bernama)

SRI AMAN: Fasa satu Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) dari Simpang Pantu ke Batang Skrang melibatkan seksyen Bukit Begunan bakal siap sepenuhnya November ini, kata Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi.

Mengikut perancangan asal, katanya, projek di kawasan itu dijadualkan siap Jun ini, namun terpaksa dilanjutkan susulan kejadian tanah runtuh yang menyebabkan struktur projek perlu direka bentuk semula menggunakan bahan binaan berlainan.

“Sebelum ini, reka bentuk projek bagi seksyen ini menggunakan isi tanah sebagai tambak, tetapi terdapat kegagalan kepada projek itu dan ditukar kepada reka bentuk menggunakan rockfill (batu) sebagai tambak setelah kajian terperinci dijalankan,” katanya selepas meninjau seksyen Bukit Begunan.

Beliau berkata, penggunaan batu seberat 721,000 meter padu untuk projek tambak itu siap 50% dan menyebabkan implikasi peruntukan tambahan kerajaan persekutuan kira-kira RM70 juta.

Terdahulu, beliau diberi taklimat oleh Ketua Unit LPB Jabatan Kerja Raya Sarawak, Awang Mohamad Fadillah Awang Redzuan mengenai status terkini LPB di kawasan berkenaan.

Awang Mohamad berkata, kerja pembinaan bagi tambak batu itu bermula 8 April tahun lalu untuk meningkatkan kestabilan tambak bagi pembinaan LPB serta memendekkan jangka masa pembinaan.

Nanta turut dimaklumkan setakat ini, keseluruhan projek LPB di Sarawak mencapai 92%. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.