`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 28, 2023

Malaysia cadang wujud wilayah ekonomi serantau Johor-Singapura

 

Johor berpotensi menjadi penerima manfaat terbesar terutama dengan kedudukannya bersebelahan Singapura. (Gambar Bernama)

ISKANDAR PUTERI: Malaysia bercadang mewujudkan wilayah ekonomi serantau antara Johor dan Singapura dalam usaha mengukuhkan potensi ekonomi negeri.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata sebelum ini sudah ada idea atau cadangan awal daripada kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, dan kerajaan Singapura menerusi pertemuan berkala ketiga-tiga pihak, namun ia belum lagi diangkat sebagai cadangan rasmi.

“Sekarang saya rasa masa sesuai untuk bawa idea dan perbincangan itu dan mulakan (perbincangan) untuk melakukannya secara formal,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi libat urus kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

Ads by Kiosked

Bagaimanapun, Rafizi berkata, cadangan itu akan dikemukakan pada mesyuarat Jemaah Menteri terlebih dahulu sebelum dibawa ke Mesyuarat Tahunan Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) yang dijangka diadakan pertengahan Julai.

Terdahulu, pada sesi dialog libat urus itu, Rafizi dalam ucapannya, berkata Johor akan terus menjadi antara pemacu ekonomi negara terbesar pada masa hadapan, susulan potensi dan kedudukan strategiknya di rantau ini.

Beliau berkata, dengan negara memberi fokus kepada sektor peralihan tenaga, Johor berpotensi menjadi penerima manfaat terbesar terutama dengan kedudukannya bersebelahan Singapura.

Ia turut disokong dengan keputusan kerajaan yang kini membenarkan aktiviti pengeksportan tenaga boleh diperbaharui, katanya.

“Johor akan jadi salah satu negeri paling berpotensi mendapat laba daripada projek aktiviti peralihan tenaga melibatkan tenaga boleh baharu. Dalam pada itu, Pengerang bukan sahaja dijadikan pusat kimia dan petrokimia tetapi juga perintis kepada tenaga ammonia dan hidrogen,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.