`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, May 27, 2023

Sultan Perak rai pengawal media sempena Hawana 2023

 

Kira-kira 1,000 pengamal media khususnya wartawan termasuk dari beberapa negara Asean berkumpul di Ipoh bermula hari ini bagi menjayakan sambutan Hawana 2023. (Gambar Bernama)

KUALA KANGSAR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis santapan malam bagi meraikan pengamal media sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 di Istana Iskandariah.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, timbalannya Teo Ni Ching, Menteri Besar Perak Saarani Mohamad dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak Mohd Azlan Helmi.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Roslan Ariffin, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Antarabangsa yang menanggung tugas Ketua Pengarang Bernama Jamaluddin Muhammad dan Ketua Penyiaran TV dan Radio Bernama D Arul Rajoo.

Turut serta dalam majlis berkenaan ialah Ketua Pengarah Penyiaran Suhaimi Sulaiman, Pengarang Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Media Prima Kamarudin Mape, Ketua Pengarang Astro Awani Ashwad Ismail, Pengarang Urusan Kumpulan dan New Straits Times Press Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Pengamal media asing turut diraikan termasuk Ketua Pengarang The Jakarta Post M Taufiqurrahman, Pengarah Urusan Singapore Press Holding Noor Abdul Rahman, Country Manager AFP Alric Manickam, Editor Berita Kanan Philippines News Agency Pamela Samia, Ketua Biro Jiji Press Seiichi Oshima, Koresponden XinHua News Agency Jonathan Edward dan Ketua Biro Al-Jazeera Samer Allawy serta Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (Ismawi) Indonesia, Asro Kamal Rokan.

Kira-kira 1,000 pengamal media khususnya wartawan termasuk dari beberapa negara Asean berkumpul di Ipoh bermula hari ini bagi menjayakan sambutan Hawana 2023 bertujuan menghargai sumbangan serta jasa golongan berkenaan dalam pembangunan negara.

Bertemakan “Media Bebas, Tunjang Demokrasi”, pelbagai perancangan diatur untuk fraterniti dan pakar industri media bersempena dengan sambutan Hawana 2023 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga Isnin manakala kemuncak perasmian oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim esok di Hotel Casuarina Meru.

Sambutan Hawana 2023 yang dianjurkan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan pelaksanaannya dikendalikan Bernama kali ini menyajikan pelbagai acara menarik antaranya pertandingan mencari harta karun “Media Hunt Hawana”, kejohanan boling antara media dan Karnival Mini Hawana di Mydin Mall Meru Raya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.