`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, July 8, 2023

MENGAPA MUKA ZAHID SEMBAB ? Tamrin Tun Ghafar

 


MENGAPA MUKA ZAHID SEMBAB ?

Tamrin Tun Ghafar

Sabtu - 08/07/23
( 1 - 10 )


1. Mustahil Zahid Hamidi nak melakukan operation 'mata dan muka' kerana beliau pasti tahu HUKUM ALLAH SWT terhadap sesaorang yang mengubah wajah.

2. Lagi pun mengubah wajah TIDAK akan memperbaiki dan meningkat kecerdikan dan kepintaran sesaorang

3. Mungkin semasa "bercuti' di Korea Selatan selama 2 minggu dengan menghilangkan diri sehingga X pun tak dimaklumkan, Zahid telah digigit penyengat atau semut api dimukanya yang menyebabkan perubahan muka beliau

4. Hanya janggut saja yang ada persamaan yang lain seperti rambut, kening mata, hidung dan mungkin gigi ada sedikit kelainan di wajah Zahid 'baru' dengan wajah beliau sebenar atau 'original look'

5. Mungkin pada beliau tidak ada kesalahan HUKUM, dan mungkin juga selepas ini secara senyap ramai Anggota Kabinet akan 'bercuti' ke Korea juga

6. Kini Zahid nampaknya jauh lebih muda dan segak selepas 'percutian' di Korea

7. Kepada Ahli UMNO khususnya yang berjawatan di peringkat Bahagian kita ucapkan syabas dengan sekalung bunga kerana telah berjaya memilih beliau sebagai Presiden UMNO tanpa sebarang bentuk bayaran dan imbohan

8. Tahniah juga kepada ahli - ahli UMNO kerana dengan kepimpinan dinamik beliau UMNO sekarang telah berjaya MENCIPTA rekod :

i. Bermula dengan Presiden, UMNO telah berjaya mengurangkan lagi jumlah Kerusi Parlimen, ke 26 saja SEDANGKAN Najib yang kalah dengan 74 Kerusi Parlimen diasak letak jawatan

ii. Buat pertama kali dalam sejarah UMNO sejak penubuhannya pada 11hb Mei 1946, UMNO menjemput musuh ketat Orang Melayu, wakil - wakil DAP ke Dewan Merdeka, WTC, tempat kita mengatur strategi untuk Orang Melayu

iii. Buat pertama kali juga, di bawah kepimpinan beliau, Ahli - Ahli UMNO diarah menyokong semua calon - calon DAP semasa Pilihanraya di 6 Negeri dan Pilihanraya Umum yang akan datang walaupun Perhimpunan Agung UMNO atau PAU telah membuat ketetapan :

NO PH
NO ANWAR
NO DAP

iv. Presiden UMNO pertama yang menghadapi 47 pertuduhan Pecah Amanah dan lain - lain Pertuduhan di Mahkamah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri

v. Timbalan Perdana Menteri pertama mendapat layanan khas Mahkamah dengan pemulangan pasport beliau

vi. Timbalan Perdana Menteri pertama yang buat 'operation muka'

Vii. Dan Presiden UMNO pertama yang jadi 'pak turut' apa saja yang Perdana Menteri lakukan

9. KEPADA SEMUA AHLI UMNO SAYA MENGUCAPKAN TAHNIAH KERANA AKHIR NYA DAPAT PRESIDEN YANG TELAH MENGUBAH DARI WAK PONOROGO KEPADA PRESIDEN YANG NAMPAK LEBIH MUDA DAN 'CUN'

10. Kalian bila pula nak 'bercuti' ke Korea ? kan kepimpinan melalui teladan


Wassalam
Terima Kasih

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.