`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, July 10, 2023

Saya di luar negara, Ahmad Fadhli jawab Guan Eng

 

Ketua Pemuda Perikatan Nasional Ahmad Fadhli Shaari, berkata tiada beza pihak mana yang membuat laporan kerana setiap laporan akan disiasat polis.

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Perikatan Nasional Ahmad Fadhli Shaari berkata beliau berada di luar negara ketika mengulas cabaran Pengerusi Lim Guan Eng yang mahu dia sendiri membuat laporan polis terhadapnya.

Fadhli berkata, bukan setakatnya, malah ramai tidak berpuas hati dengan kenyataan Lim yang didakwa membuat kenyataan berkait pemusnahan ‘tokong’ dan penafian hak agama di Pulau Pinang.

“Yang Berhormat Bagan yang saya hormati, laporan polis ini tak kisah siapa yang buat, polis tetap siasat. Tak ada beza saya atau sesiapa yang buat laporan. Ini kerajaan Madani, semua laporan akan disiasat, soal ambil tindakan dakwa atau tidak, wallahualam.

“Lagi pun saya di luar negara sekarang dan yang tidak berpuas hati dengan kenyataan itu bukan saya seorang, biarlah polis siasat,” katanya di Facebook.

Difahamkan, Fadhli kini sedang menghadiri perjumpaan Pemuda Islam sedunia di Ankara, Turki.

Fadhli berkata demikian mengulas cabaran Lim supaya beliau sendiri membuat laporan terhadap pengerusi DAP selepas sayap gabungan itu dikerah membuat laporan polis berkait ucapannya baru-baru ini.

Lim berkata, Fadhli tidak patut membiarkan “anak-anak buahnya” menghadapi kemungkinan melakukan jenayah dengan membuat laporan polis palsu.

Semalam, Lim menolak dakwaan beliau menyentuh isu berkait 3R atau religion (agama), royalty (raja), dan race (kaum) dalam ucapannya pada satu program di Jelutong, Pulau Pinang, kelmarin sambil mendakwa ia diputar belit pihak media.

Terbaharu, Bukit Aman memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap Lim berhubung ucapannya yang didakwa menyentuh isu berkait 3R. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.