`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, August 26, 2023

Masa terhad, Fahmi perjelas pengguguran Awesome TV

 

Penjelasan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil sekali gus menafikan dakwaan pengguguran itu berkait isu pelanggaran menerbitkan bahan berita.

PUTRAJAYA: Pengguguran stesen televisyen tempatan Awesome TV disebabkan masa perarakan terhad, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, bukan sahaja Awesome TV “terpaksa” digugurkan, beberapa lagi syarikat antaranya Grab Malaysia dan Milo juga berdepan situasi sama.

“Sebenarnya ada beberapa pihak sama ada telah masuk atau meminta untuk masuk tidak dapat kami tampung, ada banyak pihak…Grab merayu untuk masuk, trak Milo terpaksa kita gugurkan.

Ads by Kiosked

“Jadi bukan satu pihak sebenarnya banyak pihak yang terpaksa kita kurangkan dan kita gugurkan melihat kepada tempoh perarakan seperti saya sebut tadi kita terhad dari segi jangka masa,” katanya ditemui ketika tinjauan latihan perarakan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya.

Semalam, Awesome TV memaklumkan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menggugurkan syarikat penyiaran itu daripada acara perarakan sempena Hari Kebangsaan tanpa sebarang alasan.

Syarikat itu dalam kenyataan berkata, keputusan mengejut dimaklumkan menerusi surat bertarikh 23 Ogos ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Muhammad Fauzi Md Isa.

“Menurut surat tersebut, pengguguran berkenaan selaras keputusan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan 2023 bilangan 4/2023 dipengerusikan Fahmi pada 21 Ogos,” katanya.

Penjelasan Fahmi hari ini sekali gus menafikan dakwaan pengguguran itu berkait isu pelanggaran menerbitkan bahan berita.

Februari lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memanggil pihak pengurusan Awesome TV bagi mendapatkan penjelasan mengenai laporan yang mendakwa bilangan penjawat awam bakal dikurangkan.

Ads by Kiosked

Fahmi ketika dilaporkan berkata, pihaknya difahamkan Awesome TV melakukan enam pelanggaran berhubung menerbitkan bahan berita yang dilihat tidak mematuhi peraturan dan undang-undang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.