`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, August 31, 2023

‘Malaysian Malaysia’ tak langgar prinsip Perlembagaan, kata pemimpin DAP

 

Ahli Jawatankuasa Pusat DAP Sheikh Omar Ali berkata isu membabitkan slogan “Malaysian Malaysia” lebih berbentuk serangan politik untuk beri imej dan gambaran buruk terhadap DAP, dan juga PH dan kerajaan perpaduan. (Gambar Twitter)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP mempertahankan slogan “Malaysian Malaysia” dalam perlembagaan parti itu dan mendakwa konsep itu tidak melanggar dengan mana-mana prinsip dalam Perlembagaan negara.

Ahli Jawatankuasa Pusat DAP Sheikh Omar Ali berkata atas faktor itu, semangat “Malaysian Malaysia” tidak harus dilihat sebagai ancaman kepada budaya dan agama masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Tidak ada masalah ‘Malaysian Malaysia’ kerana semangat itu semangat sama dalam Perlembagaan negara. Bahasa, keistimewaan Melayu, agama dan sebagainya sudah muktamad dalam perlembagaan.

“Kita (DAP) iktiraf Malaysia negara berbilang kaum dan perpaduan antara kaum adalah antara ramuan kejayaan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, penubuhan DAP juga sah dari sudut pendaftaran pertubuhan dan Perlembagaan serta tak bercanggah dengan mana mana peruntukan dalam Perlembagaan dan semangat rukun negara.

“Sehingga hari ini DAP masih bergerak sebagai parti politik sah dan menyertai PRU,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Presiden PAS Hadi Awang dalam satu kenyataan di Facebook hari ini berkata parti itu membatalkan kerjasama dengan DAP sebelum ini kerana DAP mahu PAS tunduk kepada prinsip sekularisme yang menjadi perlembagaannya, serta konsep “Malaysian Malaysia”.

Semalam, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Nur Jazlan Mohamed menggesa DAP menggugurkan slogan “Malaysian Malaysia” daripada perlembagaan parti itu jika mahu mendapat sokongan pengundi Melayu.

Katanya, orang Melayu tidak menyokong DAP disebabkan agenda negara sekularnya, yang bercanggah prinsip Islam dan Melayu.

Naib pengerusi DAP Johor itu berkata, isu berkait slogan “Malaysian Malaysia” tidak lain hanya digunakan sebagai sasaran politik lawan yang ingin memberikan gambaran buruk terhadap DAP dan gabungan Pakatan Harapan (PH).

“Ianya lebih berbentuk serangan politik untuk beri imej dan gambaran buruk terhadap DAP, dan juga PH dan kerajaan perpaduan secara keseluruhannya,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.