`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, October 21, 2023

Jangan letak calon kalau tak ada jentera, kata perwakilan PAS

 

Perwakilan PAS Selangor, Sallehen Mukhyi berkata perlu ada piawaian melibatkan kekuatan jentera sebelum mana-mana parti diberi kerusi untuk ditandingi. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM: Komponen Perikatan Nasional (PN) tidak perlu meletakkan calon pilihan raya jika tidak mempunyai jentera di kawasan ingin ditandingi, kata Perwakilan PAS Selangor.

Sallehen Mukhyi berkata, pihaknya tidak mahu ada pihak membawa “resume” bertemu pimpinan untuk menjadi calon tanpa ada jentera.

Katanya, perbincangan mengenai keputusan meletakkan calon parti mana bertanding di satu-satu kawasan perlu dilakukan sekarang, bukannya membuat rundingan semasa musim pilihan raya sahaja.

“Sekarang sudah perlu tubuh pasukan untuk tentukan nilai tentang bantuan kekuatan (jentera parti) yang mesti diberikan kepada satu-satu kerusi yang nak ditandingi, contoh melibatkan Parlimen dan DUN yang belum dimenangi PN, jadi perlu ada satu panduan dan piawaian.

“Kita tidak mahu hanya meletakkan calon sedangkan jentera mereka tidak ada. Sebab itu perlu diteliti dengan baik daripada sekarang sebab ada kawasan ada parti yang dia tidak ada jentera, hanya bawa resume pergi jumpa pimpinan boleh jadi calon.

“Yang ini mesti dinilai sebab itu kita harap tidak hanya dekat pilihan raya, sekarang sudah boleh buat. Maknanya, kalau tidak capai piawaian ini tidak kira PAS atau parti Bersatu…tidak perlu meletakkan calon di situ,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-69.

Sallehen yang juga Adun Sabak berkata, perbincangan itu dimulakan sekarang supaya pimpinan dapat menilai kawasan mana boleh dimenangi termasuk dari segi kekuatan jentera parti yang mahu mewakili PN.

“Pimpinan dalam PN (boleh) teropong tengok satu Parlimen satu DUN siapa paling layak supaya dapat menilai kebolehmenangan itu sebagai asas untuk kita membuat keputusan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.