`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, October 26, 2023

BAH 3 KEPADA PEMUDA UMNO DAN TUAN-TUAN ORANG MELAYU : MESTI BACA DAN SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN

Saya terima video berikut dalam WhatsApp. Rupanya kumpulan pemungut hutang atau debt collector sudah mula menggunakan cara baru untuk mengutip duit hutang. 

 


 

MY COMMENTS :

Yang berikut ini berita lain tetapi ada kaitan dengan isu licensed money-lending atau peminjam duit yang berlesen.

  • Group obtains online moneylending licence
  • received approval Local Govt Ministry (KPKT) online moneylending licence  
  • effective until 2025, renewable every two years.
  • poised to provide e-lending services 
  • new venture "opens up world of possibilities" 
  • pressing financial needs of micro, SMEs
  • faced challenges securing funds through conventional financial institutions
  • alternative scoring options based on a risk-based approach 
  • group engaged in data capture 
  • strength is in 100,000 terminal merchants.

Sila perhatikan kenyataan berikut:

  • pressing financial needs of micro SMEs
  • faced challenges securing funds through conventional financial institutions

Pada tahun 90an dan awal dekad 2000 dasar "ketuanan Melayu" pada masa itu telah disuntik dengan idea tidak lojik bahawa 'dominan kaum Cina' dalam ekonomi negara boleh dikawal atau dibendung  dengan merger atau gabungkan bank-bank yang sedia ada. Pada masa itu negara kita mempunyai 52 bank komersial, 25 bank dagang (merchant bank) serta beratus syarikat kewangan (finance companies), factoring dan syarikat credit and leasing. Semuanya beroperasi dalam ekonomi negara mengikut sistem yang terbuka (open market) dan mengikut peraturan Bank Negara yang sedia ada. 

Bank komersial terlibat meminjam duit kepada semua jenis peminjam daripada pinjaman perumahan hinggalah ke peminjam gergasi syarikat koporat. Bank dagang terlibat dengan syarikat dan koporat sahaja dan tidak boleh berurusan dengan individu. Syarikat kewangan atau finance company dan credit and leasing pula melayan permintaan pinjaman duit oleh SME, individu dan juga syarikat. 

Maka kesemua sektor, pelusuk, ceruk dan lapisan masyarakat dan ekonomi negara boleh berhubung dan berurusan dengan samada bank, syarikat kewangan, credit leasing dsbnya mengikut keperluan masing-masing.

Contohnya kedai hairdressing salon yang perlukan duit untuk membeli  mesin hairdryer, renovation kedai dsbnya atau mini-market yang perlukan pinjaman untuk membeli peti sejuk jarang dilayan oleh bank komersial  atau bank dagang. Biasanya mereka akan memohon pinjaman daripada syarikat kewangan, syarikat credit leasing dsbnya yang bukan saja syarikat kecil tetapi beroperasi di hampir setiap pekan, bandar dan juga kampong dalam negara kita.  Disebabkan saiz syarikat kewangan atau credit leasing pun adalah saiz kecil atau sederhana (maksudnya modal syarikat pun kecil) maka overhead mereka pun rendah (berbanding bank besar) dan mereka sanggup dan minat layan permohonan pinjaman duit daripada usahawan-ushawan kecil seperti hairdressing salon, mini-market dsbnya. Dan lazimnya ramai usahawan kecil dan sederhana itu adalah daripada kaum Cina.

Pada zaman itu (80an - 2000) ekonomi negara kita berkembang pesat (lebih 6% - 8% setahun) dan nilai Ringgit pun kukuh (sekitar RM2.50 bagi setiap US Dollar). Sekarang Ringgit sudah jatuh ke tahap RM4.79. 

Antara sebab utama ekonomi kita berkembang pesat ialah kerana kewujudan sistem kewangan yang dijelaskan di atas yang sedia menghulurkan pinjaman kewangan kepada semua jenis dan semua lapisan syarikat dan usahawan dalam ekonomi negara kita.

Tetapi sekitar zaman itu juga telah timbul hasutan  untuk membendung kemajuan ekonomi orang Cina dengan pelbagai cara. Pasa masa itu saya  baru bermula kerjaya saya dalam bidang perbankan. Saya baru balik daripada menghabiskan pengajian di Amerika Syarikat dan penuh dengan semangat free enterprise, entrepreneurship, open market dsbnya yang telah menghasilkan keajaiban dunia yang bernama United States of America. Serta negara maju di Barat, di Jepun, Taiwan dan Korea.

Tetapi sebagai pegawai pinjaman bank yang muda saya terkejut pada suatu hari itu bila berjumpa seorang 'corporate client' kami bernama Madam Eng yang melompat-lompat dalam keseronokan sebab telah mendapat kelulusan MIDA ke siapa untuk menambahkan pengeluaran besi di kilang besi mereka. Mereka telah terpaksa tunggu lama juga untuk mendapat kelulusan itu.

Bagi saya keadaan itu memang pelik sebab keputusan untuk membuka kilang, membesarkan kilang, majukan perniagan, menambahkan pengeluaran sepatutnya adalah urusan syarikat berkenaan termasuk pemegang saham, tuanpunya syarikat dsbnya. Apa kena mengena pegawai kerajaan pula yang mempunyai "kuasa" memutuskan hala tuju bisnes mereka? 

Tetapi itulah tujuan syarat-syarat ICA atau Industrial Coordination Act yang berkuatkuasa pada waktu itu untuk 'control' dan kawal perkembangan dan kemajuan perniagaan dalam negara kita (terutama sekali perniagaan dan perusahaan kaum Cina).  

Saya pernah menulis dalam akhbar pada waktu itu (New Straits Times) dan mencadangkan bahawa ICA (yang saya beri gelaran Industrial Strangulation Act) mesti dimansuhkan. Akhir sekali memang ICA telah di-review semula dan menjadi lebih business friendly untuk tidak mencekik atau menjerut industri tempatan daripada berkembang.

Malang sekali pemikiran tidak masuk akal yang sama telah menjangkiti sistem kewangan negara. Semua syarikat kewangan (finance company) telah dibatalkan lesen mereka. Sekarang sudah tidak ada syarikat finance company lagi (mungkin satu atau dua yang menyorok di belakang batu).  Syarikat credit leasing sudah tidak dibenarkan. 52 bank komersial dan 25 bank dagang pula telah digabungkan secara paksa ("ikut arahan") menjadi beberapa bank sahaja (enam atau tujuh anchor banks sahaja) yang masih wujud pada hari ini.

Maka keseluruhan sistem perbankan negara kita bertukar menjadi oligopoli (ia itu monopoli yang lebih daripada satu pembekal atau penjual).

Jadi apa akibatnya ? What happened after that? Apa yang berlaku adalah

  • pressing financial needs of micro SMEs
  • faced challenges securing funds through conventional financial institutions

Semua syarikat kecil dan sederhana (IKS) terutama sekali syarikat kepunyaan kaum Cina menghadapi kesulitan memohon pinjaman dana untuk majukan perniagaan mereka. 

Rakyat marhaen juga menghadapi kesulitan membuat pinjaman bayaran bulanan daripada finance company dsbnya untuk membeli peralatan rumah, perabot dsbnya.

And then what happened after that? Jeng ! Jeng ! Jeng ! Enter The Dragon - Bruce Lee.

 Enter the Dragon | Full Movie | Movies Anywhere

Wooooo. Wooaaa! Wooaaaa!

 


Oklah bukan Enter The Dragon tetapi Enter The Ah Long. Sejak sistem kewangan negara di tonggang terbalikkan (77 bank digabungkan menjadi enam atau tujuh, finance company dihapuskan dsbnya) maka timbullah Zaman Kegemilangan Ah Long di Malaysia yang masih berterusan ke hari ini. Dan saya rasa b-elum sampai lagi ke kemuncaknya. 

Di merata tempat Ah Long bermaharajalela. Mereka tampal nombor telefon mereka pada tiang lampu, tiang telefon, pada dinding dan tembok, mereka paku numbor telefon pada batang pokok. Itu adalah permulaan-nya.

Hari ini pula saya sudah beberapa kali terima panggilan telefon daripada Ah Long yang fasih cakap bahasa Inggeris. "Sir, I am calling from entah apa Synergy. We can offer you quick business loans up to RM100,000 Sir. Would you be interested?" Memang perfect bahasa Inggeris-nya. Tetapi bila sangkut bayaran, depa hantar orang datang ke rumah lah. Macam video di atas.

Ah Long yang lain pula sudah Joint Venture membuka kedai perabot, menjual peti sejuk, TV dsbnya. Apabila orang datang beli perabotdan peralatan rumah, mereka terus mendapat tawaran skim bayaran bulanan -  18 kali bayaran, 24 kali bayaran dsbnya. Sebenarnya yang menjadi taukeh kedai perabot itu adalah orang Ah Long juga.  Mereka untung dua kali - untung daripada jual peralatan rumah dan untung bayaran bulanan Ah Long.

Jadi siapa rugi besar? Yang rugi besar adalah rakyat negara. Orang miskin. Orang biasa. Rakyat marhaen. Rakyat marhaen yang terpaksa bayar bunga kepada Ah Long yang jauh lebih tinggi daripada pinjaman bank. 

And then ramai Ah Long adalah illegal. Mereka tidak berlesen. Maksudnya mereka bukan syarikat berdaftar dan mereka tidak membayar cukai kepada kerajaan. Maka setiap tahun kerajaan kehilangan berbillion Ringgit kutipan cukai kerana Ah Long illegal tidak bayar cukai.

Maka dasar tidak masuk akal kononnya untuk membendung perniagaan dan kawal kemajuan kaum Cina sebenarnya sangat merugikan negara.

1.  And then what hapened? Sejak penghujung 1990an dan awal 2000an nilai Ringgit sudah mula merosot. Sila lihat carta ini. Ringgit Malaysia jatuh sakit sejak gabungan sistem kewangan (bank consolidation) awal 2000an.

 

  • Carta Ringgit vs US Dollar sejak 1957 hingga 2023. 
  • Perhatikan Ringgit jatuh sakit after 2000.

 

2. Sejak awal 2000an graduate unemployment atau graduan yang menganggur sudah menjadi masalah yang berterusan hingga ke hari ini. Memang tidak cukup peluang pekerjaan yang baik sebab pertumbuhan ekonomi pun lembap. 

3.  Sejak selepas 'bank consolidation' awal 2000an hutang kerajaan (government debt) mula naik ke langit. Sila lihat carta. Sebab kutipan cukai oleh kerajaan (government's tax revenue) tidak cukup untuk membayar keperluan Belanjawan negara untuk menampung bilangan penduduk yang sekarang lebih 34 juta orang.

 

 Carta hutang kerajaan sejak 1978 hingga 2023. Sila perhatikan hutang kerajaan bertambah kronik sesudah 2003. Sejak gabungan sistem kewangan (bank consolidation) awal 2000an.

 

4. Sejak gabungan bank pada awal 2000an pertumbuhan ekonomi negara pun seolah roller coaster mabuk. 

  • Roller Coaster dalam bulatan merah. Perhatikan selepas 
  • tahun 2000. Pertumbuhan ekonomi negara sudah lesu.


Jadi Tuan-Tuan, yang saya nampak ialah setiap kerajaan dan setiap perdana menteri mengamalkan dasar yang hanya menghancurkan dan merugikan ekonomi pada jangka panjang (long term damage to the economy). Banking consolidation atau gabungan bank pada awal 2000 adalah pukulan maut bagi ekonomi negara yang ramai orang Melayu termasuk Pemuda Umno tidak faham kesan buruknya.  Kita hanya mempunyai enam atau tujuh bank besar untuk memenuhi keperluan 34 juta bilangan penduduk. Berbanding Singapura dengan hanya 6 juta penduduk mempunyai beratus bank yang beroperasi di pulau kecil itu.

Yang latest adalah mengusir penanam sayur di Kanthan di Perak. What do you think - apakah bekalan sayur (bekalan makanan negara) akan berkurangan atau bertambah apabila orang yang tanam sayur diusir daripada kawasan menanam sayur mereka?

Kanthan itu bukan serupa Kampong Baru di Kuala Lumpur. Kanthan terletak beberapa kilometer saja daripada sempadan Perak - Kelantan di Ulu Kinta. Tempat jin relaks dan harimau bersenyum. Siapa pula rebut tanah di Kanthan? What is wrong with you?

Pemimpin politik kita juga amat sayangi dan mencintai monopoli. Monopoli hanya memiskinkan rakyat marhaen dan  merugikan negara. Contoh yang sangat jelas sekarang adalah monopoli beras.  

Tuan-Tuan kita tidak boleh harap kepada pemimpin politik - yang juga pemimpin negara. Mereka tidak faham apa yang baik dan betul. They do not know what is good and correct.

Mereka hanya main emosi dan sentimen. Segala jenis emosi dan sentimen terutama sekali perkauman, agama, raja Melayu (3R), bahasa dsbnya. Perkiraan mereka adalah mengikut emosi, sentimen dan kipas perasaan benci antara manusia. That is all.

Kita perlu batalkan atau mansuhkan kesemua dasar lama yang hanya mainan politik dan tidak berasaskan lojik atau prinsip ekonomi (economic principles). Yang wahid adalah dasar  monopoli dan oligopoli (beras, banking consolidation untuk mewujudkan oligopoli perbankan). 

Tuan-Tuan mesti faham apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam negara kita. Segala masalah kita boleh di atasi dengan mudah, secara baik dan teratur. Masa depan kita berada dalam tangan kita. Jangan lupa, kita yang bakal menentukan nasib kita.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.