`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, October 21, 2023

Belajar maksud sebenar ‘kafir’, PAS beritahu Ahli Parlimen DAP

 

Tuan Ibrahim Tuan Man menolak gesaan Lim Lip Eng yang meminta parti itu menerima Malaysia sebagai negara sekular.

SHAH ALAM: DAP disaran belajar maksud sebenar kafir kerana ia bukan berkait bahasa sebaliknya melibatkan soal akidah, kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Konsep kafir ini, saya nampak ada silap faham, bila sebut istilah kafir itu macam benda yang jijik, kotor, jahat, bukan…kafir maknanya menutupi kebenaran, maka Islam datang membuka kebenaran tapi tidak memaksa orang masuk Islam.

“Jadi saya rasa benda ini kena bagi penjelasan, bahawa ada orang kafir baik dengan Islam, tapi dia tetap kafir. Kafir maksudnya bukan Islam, kafir ini istilah akidah, bukan istilah bahasa, bukan budaya tapi akidah,” katanya dalam sidang media di Muktamar PAS.

Beliau mengulas gesaan Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng yang meminta pimpinan PAS berhenti memanggil bukan Muslim sebagai kafir kerana perkataan itu memberi persepsi buruk kepada kaum lain, selain mendatangkan kesan buruk dan mengganggu keharmonian masyarakat majmuk.

Selain itu, Lim turut menggesa PAS dan Presidennya, Hadi Awang menerima Malaysia sebagai negara sekular yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi dalam usaha meraih sokongan masyarakat bukan Islam.

Mengulas perkara itu, Tuan Ibrahim menolak cadangan tersebut sambil menegaskan Malaysia bukan negara sekular, seperti yang mahu diperjuangkan DAP.

“Malaysia bukan negara sekular, kalau Malaysia negara sekular, apa perlu DAP masukkan dalam manifesto dia perjuangkan sebuah negara sekular. Jadi dengan manifesto itu mengesahkan bahawa Malaysia bukan negara sekular, itu manifesto DAP sendiri.

“Tonggak asas dalam pembentukan negara kita termasuk Islam sebagai agama rasmi, kedudukan raja Melayu, bahasa Melayu bahasa rasmi, serta hak istimewa orang Melayu. Itu tonggak asas…tak boleh disentuh, sebarang usaha nak sentuh ia akan timbul polemik, sebab tu kita terima asas itu dan pertahankan,” katanya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim memaklumkan “State Government 4” atau SG4 akan menubuhkan jawatankuasa membincangkan isu berkait eksport unsur nadir bumi (REE).

“Kita dapati perlu wujud segera pakar dalam bidang REE. Memang tak cukup, sekarang hampir semua negeri ada REE. Kalau kita tak ada kepakaran, (kita tak tahu) nilai sebenar (REE) itu,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.