`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, October 23, 2023

Dakwaan berkait ‘Kristianisasi’ antara siasatan kes 3R terhadap Muhyiddin, kata menteri

 

Saifuddin Nasution Ismail berkata Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan mengaitkan PH dengan ‘kristianisasi’ dalam ceramah di Muar pada 17 Nov lalu.

KUALA LUMPUR: Tuduhan kristianisasi dikaitkan dengan Pakatan Harapan (PH) oleh Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) pada November lalu antara 104 kes disiasat polis berkait isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R), kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin berkata kerajaan tidak pernah menghalang sesiapa sahaja untuk bercakap mengenai bangsa dan agama tetapi bukanlah menuduh sehingga ada laporan polis dibuat.

“Nak cakap pasal bangsa kita, kasih sayang pada bangsa, bangsa mesti rajin, terus maju dan tingkatkan kemuliaan tidak ada masalah apa pun. Teruslah cakap.

“Yang tak boleh apa, kalimah macam ini.. mengundi PH adalah bahaya kerana PH menaja kumpulan Yahudi dan sebabkan kristianisasi di Malaysia pada 17 November 2022 di Muar dalam ceramah PN Best,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Muhyiddin yang mendakwa telah disiasat polis sebanyak lima kali berkait isu 3R.

Saifuddin berkata Presiden PAS Hadi Awang pula disiasat kerana mendakwa PH menolak Islam dan menyokong komunis.

“Bila disebut (oleh pembangkang) PH (Pakatan Harapan) menolak Islam, menyokong komunis, puak yang khianat dan puak yang menolak raja. Bila masa pula kita (PH) tolak raja. Ini yang diungkap dalam perutusan video ketika kuliah di Masjid Rusila pada 14 Oktober 2022.

“Jadi terpaksa aduan dibuat dan disiasat. Dalam konteks inilah ketua polis negara (Razarudin Husain) memberikan nasihatnya. Ini konteks dan antara latar belakangnya. Saya ada berpuluh lagi (kenyataan yang dianggap menyentuh isu 3R),” katanya.

Sementara itu, Saifuddin berkata siasatan terhadap 104 kes berkait 3R bukan hanya terhad di kalangan pemimpin pembangkang tetapi wakil dari kerajaan.

“Kes disiasat, 104 kertas siasatan dibuka di pihak sebelah sana (pembangkang) ada, di sini (kerajaan) pun ada. Saya boleh berikan lagi bahan untuk memaklumkan di sini,” katanya.

Razarudin sebelum ini memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menyentuh isu 3R, selain menafikan pihaknya bertindak sedemikian termasuk menyiasat beberapa pemimpin politik, selepas mendapat arahan kerajaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.