`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, October 20, 2023

Kerajaan Pahang tak pernah bincang kutipan tol ke Genting Highlands

 

Jurucakap Lingkaran Cekap Sdn Bhd dilaporkan berkata syarikat terbabit akan mengendalikan tol itu, dengan pemandu hanya dikenakan bayaran ketika naik ke Genting Highlands, bukan semasa turun dari tanah tinggi.

PETALING JAYA: Kerajaan negeri tidak pernah membincangkan rancangan memperkenalkan kutipan tol kepada pengunjung ke Genting Highlands.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Leong Yu Man berkata cadangan itu tidak pernah dibangkitkan atau dibincangkan dalam mesyuarat exco.

“Belum ada apa-apa yang rasmi mengenai laporan berita itu. Kami (kerajaan negeri) tidak pernah membincangkan cadangan tol.

“Saya sedang mengumpul butiran lanjut mengenai perkara itu dan biar saya dapatkan maklumat lanjut mengenainya dahulu,” katanya menurut Sinar Harian.

Baru-baru ini, gambar pemasangan sebuah struktur di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya tular, dengan warganet membuat spekulasi ia mungkin plaza tol.

Semalam, Sin Chew Daily memetik jurucakap Lingkaran Cekap Sdn Bhd, berkata syarikat terbabit akan mengendalikan tol itu, dengan pemandu hanya dikenakan bayaran ketika naik ke Genting Highlands, bukan semasa turun dari tanah tinggi.

Tetapi, jurucakap itu tidak dapat mengesahkan bila dan kadar tol yang akan dikenakan.

Katanya, Genting Malaysia Bhd menyelenggara jalan di tanah tinggi itu sejak membinanya pada pertengahan 1960-an.

“Lingkaran Cekap bertanggungjawab terhadap jalan di Genting, termasuk menyelenggara cerun, tanah runtuh, membersihkan pokok tumbang, memotong rumput, menyelenggara sistem kumbahan serta lampu jalan, dan paling penting menyelenggara jalan.”

Beliau menepis dakwaan kutipan tol pada kadar RM2.50 dan RM3 mulai Jun 2024 kerana lebih banyak perbincangan perlu diadakan sebelum pengumuman rasmi dibuat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.