`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, February 3, 2025

Ahmad Fadzli SUK Selangor baharu

 

Free Malaysia Today
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Ahmad Fadzli Tajuddin dilantik menjadi SUK Selangor berkuat kuasa esok. (Gambar SUK)

SHAH ALAM
Ahmad Fadzli Tajuddin dilantik sebagai setiausaha kerajaan negeri (SUK) Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.

Pelantikan pegawai kewangan Selangor itu sebagai SUK, menggantikan Haris Kasim yang tamat perkhidmatan Jumaat lepas, diumumkan menerusi akaun Facebook rasmi Pejabat SUK Selangor.

Ahmad Fadzli sebelum ini pernah bertugas sebagai ketua Kluster Pembangunan Pengurusan dan Inovasi di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan).

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai yang dipertua Majlis Perbandaran Klang (kini Majlis Bandaraya Diraja Klang) pada April 2020 sebelum dilantik sebagai pegawai kewangan negeri pada Disember 2021. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.