`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, February 24, 2025

Hampir RM30 juta barangan seludup, hidupan liar dirampas di Sarawak

 

Free Malaysia Today
PPM Wilayah 5 merampas minuman keras dan rokok tidak bercukai selepas memeriksa sebuah van di Lebuhraya Pan Borneo Bintulu-Miri Jumaat lalu. (Gambar PPM Wilayah 5)

PETALING JAYA
Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 merampas sejumlah barang termasuk hidupan liar berjumlah RM29.4 juta sejak 1 Jan hingga 21 Feb lalu.

Komandernya, Ab Rahman Mat Hasan, berkata ia hasil 30 serbuan di seluruh Sarawak dengan 32 suspek ditahan atas pelbagai kesalahan sepanjang tempoh itu.

“Serbuan yang dilakukan itu berjaya mengenal pasti pelbagai kesalahan antaranya membabitkan penyeludupan barangan tidak berkastam, ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi.

“PPM Wilayah 5 turut mengesan penyeludupan hidupan liar serta kesalahan di bawah Akta Perhutanan Sarawak,” katanya menurut Harian Metro.

Terbaharu, beliau berkata, seorang lelaki ditahan kerana disyaki menyeludup minuman keras dan rokok di Miri Jumaat lalu.

Menurutnya, suspek ditahan ketika membawa barang seludup menggunakan van di Lebuhraya Pan Borneo Bintulu-Miri, sebelum simpang Marudi, kira-kira 8.10 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai minuman keras dan rokok tidak bercukai serta tiada pelekat setem daripada Jabatan Kastam.

“Semua rampasan itu dianggarkan lebih RM330,000 dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah IPD Miri untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kastam 1967,” katanya sambil menambah suspek boleh didenda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.