`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Thursday, February 20, 2025

Kali ke-2 bom tangan ditemukan di Terengganu

 

Free Malaysia Today
Penemuan bom tangan di LPT2, dekat Bukit Besi, Dungun, pada 16 Feb. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA
Penemuan bom tangan di Terengganu sudah dua kes bulan ini, dengan terbaharu bahan letupan itu ditemui orang awam di tepi Pantai Tampin, Kemaman.

Objek itu dilaporkan ditemui pada 12.31 malam tadi dengan polis menggerakkan Unit Pemusnah Bom dari IPD Kemaman dan IPK Terengganu.

Ketua Polis Kemaman Mohd Razi Rosli, berkata disahkan bom tangan itu jenis ‘He HG Frag 85’ yang masih aktif.

“Tindakan pemusnahan telah berjaya dilaksanakan pada 11.12 pagi (hari ini) tanpa sebarang kerosakan harta benda awam mahupun kehilangan nyawa,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menasihatkan orang ramai segera lapor polis jika menjumpai sebarang objek atau benda menyerupai bahan letupan, selain mengingatkan tidak mengusik, mengalih, atau menyimpan bahan tersebut.

Katanya, tindakan itu menjadi kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Pada 16 Feb, sebutir bom tangan ditemukan seorang lelaki ketika sedang memotong rumput di Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2), dekat Bukit Besi, Dungun.

Ketua Polis Dungun Maizura Abdul Kadir, berkata susulan itu pihak berkuasa mengambil tindakan menutup laluan ke lokasi kejadian sejauh 300m demi, selepas menerima laporan 12.50 tengah hari tadi.

Katanya, bom berkenaan berjaya dimusnahkan pada 4 petang hari sama. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.