`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, February 17, 2025

Kes salah laku DBKL: Tiada elemen jenayah, hanya tatakelola lemah, kata Azam

 

Azam bin Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, pihaknya mendapati tiada unsur jenayah hasil semakan terhadap dokumen daripada DBKL pada 7 Feb lepas.

PETALING JAYA
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur jenayah berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkait pemberian projek RM4 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, pihaknya mendapati sedemikian hasil semakan terhadap dokumen daripada DBKL pada 7 Feb lepas berhubung pelaksanaan projek penerbitan kandungan dan siaran studio serta konti radio DBKL.

“Bagaimanapun, semakan SPRM mendapati terdapat beberapa kelemahan dari segi tatakelola pada garis panduan DBKL dan ia perlu diperkemas,” katanya, lapor Bernama.

“Oleh yang demikian, Bahagian Penyiasatan Tatakelola SPRM sedang meneliti amalan dan beberapa prosedur DBKL berkenaan proses perolehan dan pembayaran kepada pihak tertentu mengikut garis panduan dan peraturan sedia ada.”

Pada 6 Feb lepas, Datuk Bandar Kuala Lumpur Maimunah Mohd Sharif mengesahkan dokumen dan maklumat berhubung dakwaan salah laku tersebut sudah diserahkan kepada SPRM.

Dakwaan salah laku mengaitkan ahli lembaga penasihat, yang juga seorang pelakon dan pengarah itu mula tular di media sosial bulan lepas, membabitkan perolehan projek yang didakwa tidak diberikan melalui tender terbuka.

Menurut dakwaan di media sosial, ahli lembaga penasihat itu dikatakan memegang jawatan dalam syarikat yang dianugerahkan projek berkenaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.