`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, February 19, 2025

Lawatan luar negara menteri Kabinet, kerajaan belanja RM44 juta tahun lalu

 

anwar ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim melakukan 19 lawatan rasmi ke luar negara sepanjang tahun lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA
Menteri Kabinet melakukan 236 lawatan rasmi ke luar negara sepanjang tahun lalu dengan kerajaan menanggung kos keseluruhan RM44 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, berkata lawatan rasmi ahli Jemaah Menteri bertujuan untuk menghadiri mesyuarat berkala dan berjadual melibatkan Malaysia sebagai negara anggota dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Menteri Luar Mohamad Hasan melakukan lawatan paling banyak dengan 39, disusuli Perdana Menteri Anwar Ibrahim (19), Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz (18), dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Tiong King Sing (15).

“Perbelanjaan lawatan Ahli Jemaah Menteri ke luar negara sentiasa mematuhi tatacara kewangan yang berkuat kuasa,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.

Zaliha berkata, kerajaan mengambil pendekatan perbelanjaan berhemah dan berkesan.

“Setiap lawatan dirancang teliti untuk mencapai nilai tambah maksimum dengan mengguna pakai kadar perbelanjaan optimum, selaras dengan prinsip langkah penjimatan kerajaan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.