`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Tuesday, February 18, 2025

Pihak dingin Dr Sam ke majlis Huazong tak faham manfaat, kata penganalisis

 

samsuri
Ahmad Samsuri Mokhtar menggaul yee sang bersama pemimpin Huazong dan parti politik pada sambutan Tahun Baharu Cina pertubuhan itu 9 Feb lalu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA
Kenyataan dingin dan ‘sinis pengikut media sosial Ahmad Samsuri Mokhtar terhadap kehadiran naib presiden PAS ke sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) disebabkan mereka tidak memahami manfaat besar menanti parti itu, kata penganalisis.

Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, kebanyakan anggota persatuan itu adalah ahli perniagaan dan kehadiran menteri besar Terengganu lebih dikenali Dr Sam dilihat mampu menarik pelabur ke negeri tersebut.

Katanya, pada masa sama ia juga boleh menjadi usaha menarik sokongan dan undi kaum Cina yang tidak menyebelahi PAS sejak sekian lama.

“Cuma dalam PAS hari ini, suhu politik agak perkauman dan sesiapa dilihat menyokong etnik lain akan wujud isu berkaitan kaum dalam kalangan parti,” katanya kepada FMT.

Lau Zhe Wei
Lau Zhe Wei.

Beliau mengulas pandangan sinis warganet pada hantaran Facebook Samsuri berhubung kehadirannya ke majlis anjuran Huazong berlangsung pada 9 Feb lalu.

Ada dalam kalangan mereka membangkitkan kenyataan ‘harus dijadikan pengajaran’, oleh kerana pemimpin pertubuhan itu menyokong langkah kerajaan membatalkan cadangan garis panduan umat Islam ke majlis bukan Islam, baru-baru ini.

Malah, ada juga mengaitkan Samsuri dengan DAP berdasarkan gambar dimuat naik di media sosialnya yang turut kelihatan Setiausaha Agung Loke Siew Fook dalam majlis berkenaan.

Serangan itu juga dilihat menyusul ketika PAS bakal mengadakan pemilihan dijangka September ini. Setakat ini, Samsuri belum memutuskan sama ada mahu mempertahankan kerusi naib presiden atau ke jawatan lain.

Azmi Hassan
Azmi Hassan.

Felo Majlis Professor Negara (MPN, Azmi Hassan, pula melihat ada dalam kalangan pengguna media sosial salah faham dan tidak memahami peranan Huazong yang memfokuskan kepada pendidikan, ekonomi, kebudayaan dan sosial.

“Salah faham ini membuatkan ada kumpulan menyerang Samsuri kerana seolah-olah bersekongkol dengan DAP. Saya lihat kepimpinan PAS sekarang tak ada masalah kalau bersekongkol tradisi Cina seperti yee sang.

“Masalah dulu mungkin ada, tapi sekarang mereka mungkin melebarkan fahaman bahawa mereka kini terbuka,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.