`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Friday, April 18, 2025

Polis siasat hantaran FB hina Agong

 

scam
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata siasatan diteruskan setelah pihaknya menerima laporan analisis risikan media sosial daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

KUALA LUMPUR
Polis menjalankan siasatan terhadap satu hantaran yang tular di media sosial hari ini kerana disyaki mengandungi elemen menghina Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu di Kota Samarahan, Sarawak, pagi tadi.

Beliau berkata semakan pihaknya mendapati terdapat dua akaun Facebook yang didaftarkan atas nama dan gambar pemilik akaun yang sama.

Katanya, seorang individu telah tampil untuk membuat laporan penafian selepas menyedari terdapat akaun yang didaftarkan di atas namanya dan menggunakan gambarnya untuk membuat akaun Facebook.

“Beliau menafikan akaun tersebut miliknya dan membuat laporan polis kerana takut terjadi apa-apa di kemudian hari,” katanya ketika dihubungi.

Razarudin berkata siasatan akan diteruskan setelah pihaknya menerima laporan analisis risikan media sosial daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu tular di media sosial tangkap layar gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Presiden China Xi Jinping dengan paparan kapsyen didakwa menghina Agong. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.