`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, January 30, 2013

Polis edar wajah2 peserta #KL112 yang bawa anak.

SUSULAN DARI PERHIMPUNAN AMAN PADA 12.1.2013, PIHAK POLIS KUALA LUMPUR TELAH MEMBUKA SIASATAN BERHUBUNG DENGAN KESALAHAN PELANGGARAN SYARAT OLEH PIHAK PENGANJUR PERHIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT (KL 112), KHUSUSNYA MEMBAWA KANAK-KANAK DIBAWAH UMUR 15 TAHUN DALAM PERHIMPUNAN TERSEBUT. PERBUATAN MEMBAWA KANAK-KANAK DIBAWAH 15 TAHUN MENJADI SATU KESELAHAN DIBAWAH SEK. 4(2) AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 DAN DIBAWAH SEK. 31(1)(a) AKTA KANAK-KANAK 2001. JIKA DISABIT BERSALAH KESALAHAN-KESALAHAN TERSEBUT MEMBAWA HUKUMAN BERIKUT: 

I. SEK. 4(2) AKTA PERHIMPINAN AMAN 2012 BOLEH DIHUKUM DENDA TIDAK MELEBIHI RM 20,000 

II. SEK. 31(1)(a) AKTA KANAK-KANAK 2001 BOLEH DIHUKUM DENDA TIDAK MELEBIHI RM 20,000 DAN PENJARA TIDAK MELEBIH 10 TAHUN ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI 

OLEH ITU PIHAK POLIS KUALA LUMPUR MEMERLUKAN BANTUAN ORANG RAMAI YANG MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PERHIMPUNAN TERSEBUT UNTUK TAMPIL MEMBERI KETERANGAN KEPADA POLIS. GAMBAR-GAMBAR SAKSI YANG BOLEH MEMBANTU DALAM SIASATAN TELAH DIRAKAM SEMASA MEREKA MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PERHIMPUNAN TERSEBUT. 

DENGAN ITU PIHAK POLIS KUALA LUMPUR MENYIARKAN BEBERAPA GAMBAR SAKSI-SAKSI BERKENAAN UNTUK TAMPIL MEMBANTU DALAM SIASATAN. PIHAK POLIS JUGA MENYERU SAKSI-SAKSI YANG GAMBAR MEREKA DISIAR MENGHUBUNGI TERUS PEGAWAI PENYIASAT KES ASP TONNY LUNGGAN TEL. BIMBIT O14-6225262 ATAU PEJABAT 03- 90516222 ATAU BERHUBUNG DENGAN BALAI POLIS YANG BERHAMPIRAN. 

MANA-MANA ORANG RAMAI YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT AKAN SAKSI-SAKSI TERSEBUT DIMINTA MENGHUBUNGI PEGAWAI PENYIASAT TERSEBUT DIATAS ATAU MANA-MANA BALAI POLIS YANG BERHAMPIRAN. 

SETAKAT INI KERJASAMA ORANG AWAM DALAM SIASATAN INI AMAT MENGALAKKAN DAN PIHAK POLIS MERAKAM UCAPAN TERIMA KASIH.











Gambar dan sumber berita dari sini.

Respon aku : Wahai incik polis, apa semua penjenayah di malaysia dah MAMPOS ke? Apa semua kes jenayah di malaysia dah settle ke? Lapang nya korang. Orang yang tak buat salah pun korang nak cari. Setakat bawa anak pergi perhimpunan tue small matter jek. Bukan perhimpunan ganas. Ini perhimpunan aman. Pergi dan balik dalam keadaan aman. Bukan pergi buat konsert melalut. Kalau ko senang sangat p la tangkap mak bapak yang bawa anak2 ke tempat maksiat.  

BUANG MASA BETUL. PADAN LA ORANG ASYIK KUTUK2 POLIS jek di Malaysia. 

- amenoworld

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.