`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, January 31, 2015

Harga RON97, RON95, diesel turun mulai tengah malam ini

Harga runcit RON95 turun sebanyak 21 sen kepada RM1.70 seliter. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Januari, 2015.Harga runcit RON95 turun sebanyak 21 sen kepada RM1.70 seliter. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Januari, 2015.
Harga runcit RON95 turun sebanyak 21 sen kepada RM1.70 seliter dan harga runcit RON97 turun 11 sen kepada RM2 manakala diesel turun sebanyak 23 sen kepada RM1.70 berkuatkuasa tengah malam ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menulis tweet mengatakan: "Minyak turun lagi mulai 1 Februari. RON95 seliter RM1.70, diesel RM1.70 dan RON97 RM2. Wang lebih untuk belanja lain/tambah pelaburan!"
Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dalam satu kenyataan berkata, Putrajaya pada 21 November lalu memutuskan penetapan harga runcit RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Disember.
Beliau berkata, kerajaan akan sentiasa mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang bagi menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.
"Semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak diingatkan mematuhi penetapan harga baru ini dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang melanggar peraturan harga baru yang ditetapkan kerajaan ini," kata Hasan.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.