`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, January 29, 2015

Hikayat 1MDB


Lagu diatas saya dedikasikan kepada Tun Dr Mahathir. Saaya mohon, demi Malaysia, Dr Mahathir jangan berhenti mendedahkan incompetence Najib sebagai PM dan menteri kewangan.
Negara akan jahanam jika dibiarkan. Please continue to ask Putrajaya to come clean with1MDB. Jjika dibiarkan, betul2 akan menjadikan 1 Malaysia Dalam Bahaya.

Sudah banyak ulasan teknikal yang di lakukan keatas isiu 1MDB. Kita boleh baca The Edge MalaysiaTony Pua, Rafizi Ramli, Anil Netto, Ousyed The Box dan lain2. Blogger terakhir telah disenaraikan sebagai duri dalam daging oleh askar cyber UMNO.

We cannot say we are unhappy about this development.

Mari kita leraikan isiu nya dari sudut yang lain.

Mula dengan bertanya, kenapa 1MDB ditubuhkan? Perlu atau tidak 1MDB diujudkan sebermulanya?

Asset 1MDB secara pukul rata nya ialah jaminan kerajaan. Takde jaminan kerajaan dan tidak ada penjualan asset yang sengaja direndahkan harga, 1MDB is just a glorified State Owned Enterprise.

Surat sokongan kerajaan, tidak perlu dolak dalih, secara efektif nya ialah surat jaminan. Kalau tidak ada surat jaminan, adakah kita ingat mana2 bank nak beri pinjam?

Kita sudah ada khazanah Nasional  Berhad. Jadi kenapa kita hendak reinvent the wheel? Kita ada TNB yang ada kemahiran dalam penjanaan kuasa letrik dan tenaga.  Kita ada berpuluh syaikat pemaju hartanah yang ada rekod baik untuk membina kediaman golongan T20. T20 golonan 20% teratas- geng maha kay. Dan kita ada PETRONAS untuk bisness minyak dan gas dan pemasaran teknoloji cari gali.

Jadi kenapa? Untuk buat pelaburan supaya mendapat hasil lumayan? Hasil lumayan yang diimpikan itu apa? membentuk Malaysia menjadi pusat industry penjana kuasa , minyak dan gas serta eksplorasi minyak serta gas?

Dan menjadikan Malaysia pusat pemajuan hartanah? Tun Razak Exchange TRX. Tanah ini dijual dengan harga yang murah kepada 1MDB. Tanpa berbuat apa2, tanah hanya perlu dinilai semula, TRX sudah untung ratusan juta. Penilaian semula ini yang menyelamatkan akaun 1MDB. Demikian juga tanah sungai besi yang dibeli pada harga murah. Dinilai semula memberi 1MDB keuntungan. Sekali lagi selamatkan 1MDB.

Tapi ada siapa tanya, siapa yang memutuskan harga jualan? Siapa yang membuat penilaian? Siapa yang memutuskan menjual tanah TRX pada harga yang murah? Siapa yang memutuskan jual tanah Sungai Besi pada harga rendah? 

Orang yang ada dalam inudustri ini sudah lama tahu- ia telah menjadi modus operandi mereka yang berkuasa membuat keputusan dalam kes seperti ini untuk ambil komisyen dan tipu harga. Kalau berani adakan odit keatas penjualan tanah TRX dan Sungai Besi.

Akhir nya tanah2 ini apa jadi? untuk jadi taman permainaan/lplayground  bank, bankers dan pengurus dana, bandar Malaysia untuk perumahan orang kaya. 10 juta rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan kurang dari RM1500 sebulan dahulu sekarang dan selama tak mampu hendak memiliki asset dalam kawasan2 tersebut.

Tanah Air Hitam Pulau Pinang untuk 10,000 rumah mampu milik penduduk nya Melayu semua? Saya khuatir itu hanya omongan kosong. 1MDB is market driven- takde duit bina rumah kos rendah dan kos sederhana. 1MDB tidak mungkin melaksanakan nya. Kita kan ada PRIMA? Kita ada syarikat perumahan negara.

Orang yang terpekik terlolong bercakap mengenai membina rumah mampu mulik- mereka tahu tak tunggakan hutang pembeli kepada kerajaan untuk rumah kos rendah dan rumah kos sederhana?

Semua ini menunjukkan bahawa 1MDN hanya satu fasiliti untuk seengah kumpulan gasak duit.

Kenapa ianya di tubuhkan sebermula nya- in the first place? Kerana Najib merasakan perlu membuat suatu inovasi untuk menambah perasaan megalamoniac nya? Kita jangan tertipu dan deceived oleh kepoyo-an Najib- he is a megalomaniac.

Semua dengan awalan 1- 1 Malaysia itu dan ini. Klinik dan kedai 1 Malaysia. Semua ETP, GTP, CTP, PTP – semua pancaran idea besar2. Ironi nya- pengisian tidak ada, soldadu jalanan untuk menyampaikan pemikiran nya kebawah tidak ada. Tidak ada guru kaka untuk mengembangkan pencak nya. Bubble gum belum sempat besar sudah pecah.

Nasib yang sama menimpa idea besar Najib dalam 1MDB. 1MDB sedang segera menjadi suatu yang kita sedar sekarang tidak diperlukan. Pertama kita sudah ada dana berdaulat atau sovereign yakni khazanah nasional berhad. Kita tak perlu bangunkan kemudahan dan struktur baru dan tidak perlu tunggu untuk nikmati hasil. Jika kita hendak menjadikan Malaysia pusat atau hub industry penjanaan kuasa, minyak dan gas- kita sudah ada Petronas dan TNB. Baik kita suruh TNB ambil alih semua IPP dalam negara ini ata ujudkan TNB1 , 2 dan 3. .

Akhirnya kita tidak memerlukan 1MDB untuk memajukan hartanah sama ada di TRX, atau Sungai Besi atau Air Hitam atau for that matter dimana2 pun. Ecoworld membangunkan suatu kawasan baru di UK menyaingi SP Setia di Battersea Park UK. Apa yang luar biasa yang diperlukan untk membangun TRX, Bandar Malaysia atau kosmopolis Air Hitam atau bandar 1Malaysia Blackwater atau 1Mamakville?

Jadi kita jawab kenapa 1MDB di ujudkan?

Kenapa akaun dan wang disimpan dalam Akaun di Cayman Islands dan diurus oleh pengurus dana yang kelabu latar belakang? Nama pengurus dana tersebut ialah Bridge Partners. Firma ini beroperasi di Hong Kong.

Cayman Islands terkenal dengan offshore banking. Orang meyimpan duit disana untuk disembunyikan. Duit hasil rasuah, komisiyen , duit yang asal usul nya mencurigakan disimpan dalam banyak offshore banks. Kerana offshore banks atau Cayman Islands itu sendiri mempunyai undang2 keras melindungi kerahsiaan transaksi.

Mengiikut lapuran kumpulan wang yang terbanyak yang pernah di capai oleh Bridge Partners ialah  ialah wang dari 1MDB. Kenapa tidak gunakan pengurus dana yang setara dengan Goldman Sachs?  Mustahil Bridge Partners sehebat Goldman Sachs International?

Berapa banyak 1MDB kena bayar kepada Bridge untuk redeem wang sepenuhnya? Kenapa park wang tersebut di Cayman Islands- ini macam hendak sorok dari pandangan orang dan membenarkan segala muslihat dan silap mata berlaku. Kenapa tidak kembalikan wang tersebut ke Malaysia untk diurus oleh pengurus dana ynag berreputasi tinggi? Taruh wang rakyat depan mata supaya pemantauan lebih mantap dan kukuh. Letak duit di Cayman Islands macam nak launder wang sahaja.

Dengan segala jawapan auta dan putar alam, rakyat ada asas untuk percaya bahawa 1MDB di ujudkan untuk menjadi conduit mencuci segala wang yang diperolehi secara haram di Malaysia. Disana kickbacks, tumbuk rusuk dan segala macam sogokan boleh di permudahcarakan?

Apa sebenarnya wawasan yang mahu Najib persembahkan?  Bahawa Malaysia yang di pm-kan oleh dia berjaya menubuhkan sovereign fund yang berpangkalan di luar  mampu membuat pelaburan diserata dunia dalam bidang penjanaan kuasa dan minyak serta gas dan eksplorasi dan memajukan sector hartanah?

Bukankah ini semua boleh dilakukan oleh syarikat dan firma yang sedia ada yang sudah pun mempunyai expertise? Dan apa 1MDB buat- pinjam wang, menerbitkan bon dan menyalur wang?

Bagaimana vision Najib ini hendak dicapai? Sekarang ini tanpa apa2 melainkan perniagaan atas angin- menerbitkan bon dan meminjam wang yang dijamin oleh kerajaan.

1MDB Nampak nya segera menjadi harimau yang Najib tunggang dan dia sekarang tidak tahu macam mana hendak turun.
Dr Mahathir dengan senapang gajah nya mahu tembak itu harimau atau Najib?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.