`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, August 6, 2017

'Bon Bank Negara RM2.5b untuk bayar hutang 1MDB RM2.56b?'

1MDB Bank Negara

A Kadir Jasin


SEPERTI saya catatkan kalam laman Facebook saya semalam, oleh sebab banyak sangat putar belit oleh kerajaan kleptokrasi, kita susah nak pastikan yang mana satu kebetulan dan yang mana satu perancangan atau penipuan.

Mulakan tindakan kecuaian jenayah dengan menangkap Jho Low
Pada ketika tersebar satu dunia berita 1MDB terlewat bayar ansuran hutang AS$602.73 juta (kira-kira RM2.56 bilion) kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) Isnin lalu, tiba-tiba Bank Negara keluarkan bon 20 tahun sebanyak RM2.5 bilion.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Hutang tertangguh 1MDB RM2.56 bilion. Bon Bank Negara RM2.5 bilion. Kebetulan atau memang dirancang?

Tempoh tutup bon Bank Negara 4 Ogos. Tempoh akhir 1MDB kena bayar adalah lima hari kerja bermula 1 Ogos ( lebih kurang pada 6 Ogos). Kalau tak bayar juga, denda dan tindakan lain akan dikenakan.

1MDB kata duit untuk bayar hutang IPIC adalah daripada program rasionalisasi tapi terlewat sikit sebab peraturan dan kelulusan. Tak ramai orang percaya alasan rasionalisasi atau apa-apa pun hikayat daripada 1MDB.

Kemudian Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, kata kelewatan itu adalah perkara teknikal dan masalah 1MDB tak jejaskan ekonomi.

Adakah teknikal yang Najib maksudkan itu Bank Negara memerlukan masa untuk jual RM2.5 bilion bon dan serah duit itu kepada Kementerian Kewangan supaya Kementerian Kewangan boleh bagi kepada 1MDB untuk bayar kepada IPIC?

Bon Syariah Bank Negara: Kebetulan atau untuk 1MDB
OKlah. Bank Negara jual bon perkara biasa. KWSP, KWAP, PNB dan bank-bank beli bon pun perkara biasa. Pendapatan bon bagus dan terjamin pun perkara biasa.

Tapi kalau bon RM2.5 bilion itu adalah untuk bayar hutang 1MDB, ia bukan perkara biasa malah boleh dianggap kecuaian jenayah (criminal negligence) dalam pengurusan kewangan negara.

Di Thailand, bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan “criminal negligence” kerana menyebabkan kerugian kira-kira AS$1 bilion (lebih kurang RM4.3 bilion) dalam pelaksanaan subsidi padi.

Jumlah ini amatlah kecil berbanding duit 1MDB yang lesap dan kesalahan Yingluck ringan berbanding jenayah kewangan 1MDB. Yingluck dituduh buat salah dalam pemberian subsidi kepada penanam padi. Duit 1MDB masuk akaun Najib dan untuk anak bini serta Jho Low berfoya-foya.


Penjualan bon oleh bank negara adalah perkara biasa. Kerajaan memperoleh pembiayaan melalui penjualan bon oleh Bank Negara pun perkara biasa.

Tetapi sekiranya bon RM2.5 bilion itu adalah untuk membayar hutang 1MDB dan sekali gus membebankan rakyat jelata untuk 20 tahun akan datang, ia adalah “criminal negligence” yang tidak boleh dipandang ringan.

Najib kata masalah 1MDB tidak jejaskan ekonomi negara. Ok, mungkin dia percaya ini benar atau dia sangka semua rakyat jelata bangang macam laskar siber Umno. Najib kata blogger Umno bangang.

Pada bulan Jun, 2015, Menteri Kewangan Kedua masa itu, (Datuk Seri) Ahmad Husni Hanadzlah, bagi amaran kalau masalah 1MDB tidak diselesaikan, kadar tukaran ringgit mungkin jatuh ke tahap tahun 1998 iaitu waktu Krisis Kewangan Asia.

Dua bulan kemudian pada 12 Ogos, ringgit jatuh ke bawah paras RM4 bagi satu dolar Amerika buat kali pertama sejak 1998 dan kekal hingga ke hari ini.

Jadi, marilah kita mulakan tindakan ke atas kecuaian jenayah 1MDB ini dengan menyokong laporan polis oleh Menteri Besar Selangor, (Datuk Seri) Mohamed Azmin Ali, agar Jho Low ditangkap dan dibawa balik ke Malaysia. 
Jho Low adalah dalang di belakang 1MDB.

Doa rakyat jelata yang teraniaya akan dimakbulkan. Isya Allah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.