Laman Facebook dengan nama Atheist Republic menjadi sebutan apabila baru-baru ini mengadakan perjumpaan tahunan persatuan ateis, yang telah berjaya dilaksanakan di ibu kota.
Maklumat perjumpaan berkenaan lokasi dan waktu telah dikongsi bersama di dalam satu kumpulan tertutup di laman Facebook.
Apa yang membuatkan ianya kecoh kerana netizens berpendapat terdapat wajah-wajah melayu yang dipercayai telah murtad dalam gambar yang dikongsikan di halaman tersebut.
Gambar yang dimuat naik dengan kapsyen, "Kedutaan Republik Ateis Kuala Lumpur, Malaysia adakan perhimpunan tahunan dan ianya sangat menggemparkan! Ateis dari semua latar belakang datang untuk bertemu satu sama lain, ada yang pertama kali berjumpa...setiap mereka berkongsi kisah dan buat ikatan persahabatan yang baru, diharap akan berkekalan seumur hidup! We rock!"
Pertubuhan ini telah diasaskan oleh Armin Navabi, kelahiran Tehran, Iran, yang mana dirinya hanya mendapat pendedahan minimum kepada amalan agama semenjak kecil.
Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga Muslim Liberal, di mana ibu bapanya tidak amalkan Islam dalam ibadah mahu pun kehidupan seharian serta tidak menunaikan solat lapor portal Menara.my.
Pada usia 12 tahun, dia beberapa kali gagal dalam percubaan bunuh diri, dan semenjak itu Armin semakin percaya bahawa Tuhan tidak wujud. Setakat ini kumpulan berkenaan telah mendapat mengumpul 1.6 juta keahlian (likers) di Facebook. - Sozcyili.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.