Matlamat Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) menganjurkan Forum Nothing To Hide 2.0 adalah untuk memperkecilkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib sebagai pengecut kerana tidak hadir bagi kali kedua tetapi tentunya Bersatu tidak terfikir tindak balas terancang untuk memalukan Tun Dr Mahathir.
UMNO menang dari segi publiciti tetapi bertambah teruk dari segi kredibliti.
Walaupun UMNO dinapikan sebagai berada di belakang tindakan ini ,tetapi mereka yang membat penapian ini terdiri bekas pegawai2 Bersatu yang tersingkir setelah diketahui sebagai ejen provokasi yang sejak dari awal lagi menyusup kedalam Bersatu dengan misi tertentu.
Peranan mereka semakin jelas bila berada di luar Bersatu dan suatu kejayaan besar mereka apabila dapat membenamkan berita ketidak hadhiran Najib kepada berita kegemparan Mahathir dibaling kasut,suar dan kerusi di Nothing To Hide ke 2.
Kejadian di luar peradaban politik Malaysia ini tentunya tidak dijangka oleh penganjur dan juga oleh Mahathir sendiri.
Mereka yang berfikiran waras dan tidak bangang , tidak dapat menerima dakwaan bahawa kejadian ini tidak dirancang dan jika tidak dirancang bagaimanakah suar dibawa dan dibaling ke dalam dewan untuk menampakkan” Api kekacauan” bagi menggambarkan kehebatan serangan.
Kejayaan kegemparan ini ialah mematikan cerita ketakutan Najib menghadhiri Forum Nothing to Hide2 yang mungkin akan diexplotasi oleh pihak pembangkang.
Bagaimanapun untuk meyakinkan rakyat bahawa UMNO tidak berada dibelakang usaha ini adalah sukar sekalipun Utusan Malaysia mendedikasi 10 mukanya untuk mengelirukan rakyat. Kredibiliti kekuatan UMNO sendiri juga tercemar apabila PAS yang pernah mengkafirkannya turut menumpang semangkuk
Pertama sekali ialah oleh kerana Utusan Malaysia telah pun diketahui sebagai lidah rasmi UMNO yang tidak lagi diyakini oleh rakyat dan bukti yang kedua jualan akhbar Utuan Malaysia yang menuduh Armada(Sayap Pemuda Bersatu) sebagai pembuat angkara telah bertimbun tak laku semalam,lebih teruk dari hari hari lain.
(Ini adalah dari tinjauan saya sendiri iaitu suatu kerja yang saya buat ketika saya menjadi Ketua Pengrang dahulu dan masih saya teruskan sesekali bila perlu).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.