`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, January 31, 2019

BEKAS PENGARAH SRC INTERNATIONAL SAKSI UTAMA KES NAJIB

BEKAS pengarah SRC International Sdn Bhd Suboh Md Yasin akan menjadi saksi utama pendakwaan terhadap Najib Razak dalam kes pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang melibatkan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu, kata sumber agensi anti rasuah.
Kes terhadap bekas perdana menteri ditetapkan untuk perbicaraan bermula 12 Februari ini.
“Sekarang Suboh diletakkan di bawah pelan perlindungan saksi sepenuhnya,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.
Isnin lalu, Najib dikenakan tiga lagi pertuduhan tambahan berhubung dana SRC International, menjadikan kesemuanya 10 kes melibatkan keseluruhan dana berjumlah RM89 juta.
Beliau dikenakan tujuh pertuduhan awal pada Julai dan Ogos tahun lalu atas dana keseluruhan RM42 juta.
Awal Jun tahun lalu, The Malaysian Insight melaporkan Suboh menyerah diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas tiga tahun melarikan diri, dipercayai bersembunyi di Indonesia, Thailand dan New Zealand.
Selain Suboh, pihak pendakwaan dijangka mengemukakan 60 saksi terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), dan bank serta pengarah dan pengurusan tinggi beberapa syarikat serta peguam.
CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy antara sekutu rapat Najib Razak yang turut didakwa kerana skandal 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Januari, 2019.
CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy antara sekutu rapat Najib Razak yang turut didakwa kerana skandal 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Januari, 2019.
SPRM mencari Suboh sejak Ogos 2015, bersama bekas pengarah urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dan ahli perniagaan Lhow Taek Jho atau Jho Low bagi membantu siasatan berhubung duit yang masuk ke akaun Najib.
SPRM kemudian mengesahkan sudah merakamkan kenyataan Suboh pada akhir November 2015. The Malaysian Insight difahamkan kenyataan itu diambil di Indonesia namun Suboh tidak memberi kerjasama kerana Najib pada masa itu masih perdana menteri.
Selepas pilihan raya umum pada Mei tahun lalu, SPRM sekali lagi bertemu Suboh di Indonesia, dengan kerjasama agensi anti rasuah republik itu.
Beliau pada masa itu memberikan kerjasama, selepas Najib hilang kuasa dan Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan di Putrajaya.
“SPRM juga berjaya memisahkan dia daripada Nik Faisal,” kata sumber, dan menambah bekas pengarah urusan SRC International itu masih belum dapat dikesan, dipercayai bersembunyi sama ada di Indonesia, London atau China.
Nik Faizal Ariff adalah ketua pegawai eksekutif SRC International semasa ia ditubuhkan pada 2011 sebagai anak syarikat firma pelaburan milik penuh kerajaan, 1MDB.
Sehingga minggu ini, Najib sudah didakwa enam kali di mahkamah melibatkan keseluruhan 42 pertuduhan.
Pada September lalu, Najib dikenakan 25 tuduhan melibatkan duit yang dikaitkan dengan 1MDB, merangkumi empat kes salah guna kuasa dan 21 kes mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).
Sebulan kemudian, beliau juga didakwa pecah amanah melibatkan RM6.6 juta dana kerajaan, bersama bekas ketua setiausaha perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah.
1MDB yang diwujudkan dengan matlamat menjana dana pembangunan negara dalam skala mega tidak pernah disaksikan negara, kini jadi skandal kleptokrasi memalukan dalam sejarah Malaysia, sejak Pakatan Harapan menakluk Putrajaya Mei 2018, beberapa individu pentingnya sudah diheret ke mahkamah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Januari, 2019.
1MDB yang diwujudkan dengan matlamat menjana dana pembangunan negara dalam skala mega tidak pernah disaksikan negara, kini jadi skandal kleptokrasi memalukan dalam sejarah Malaysia, sejak Pakatan Harapan menakluk Putrajaya Mei 2018, beberapa individu pentingnya sudah diheret ke mahkamah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Januari, 2019.
Pada Disember berikutnya, Najib didakwa atau tuduhan salah guna kuasa mengarahkan pindaan ke atas laporan akhir audit 1MDB untuk mengelak dikenakan tindakan. Beliau didakwa bersama bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy.
Najib mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dan menegaskan perbicaraan di mahkamah nanti akan membersihkan namanya.
Namun peguamnya diketuai Shafee Abdullah kini meminta perbicaraan pertama dijadualkan bermula 12 Februari ini ditangguh, dengan alasan mahkamah perlu menunggu tiga rayuan permohonan lain selesai dahulu.
Tiga rayuan itu berhubung tindakan mencabar pelantikan peguam Sulaiman Abdullah sebagai pendakwa raya, sekatan ke atas media dan orang ramai membicarakan merit kes serta permohonan mendapatkan dokumen berkaitan kes.
Pihak pendakwaan membantah usaha peguam Najib dengan menyifatkannya sebagai tidak wajar dan remeh.
Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari pada 7 dan 8 Februari ini bagi mendengar tiga rayuan itu.
– https://www.themalaysianinsight.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.