`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, January 31, 2019

Pendatang asing guna alasan agama mengamuk mahu cederakan orang kampung (2 video)

SEORANG lelaki warga asing yang bersenjatakan pisau dikatakan mengamuk, bertindak agresif menyerang kenderaan yang melalui di sebatang jalan, serta mahu mencederakan orang ramai.

Video kejadian itu yang dirakam oleh salah seorang penduduk kampung dari jauh tersebar di media sosial. Kejadian difahamkan berlaku di Sabah.

warga asing mengamuk
Berdasarkan rakaman video, lelaki berkenaan yang menyandang sebuah beg, dilihat menggenggam objek seperti pisau di tangannya, bertindak meninggikan suara dan menyerang sebuah kenderaan pacuan empat roda di sebuah jalan kampung.

Pemandu kenderaan itu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri, dengan memandu kenderaan meninggalkan tempat kejadian.

Di bawah ini rakaman video tersebut.



Menyedari kelakuan lelaki itu yang dilihat agresif dan boleh mengancam nyawa penduduk, orang kampung ramai-ramai berpakat mengeroyok, membelasah dan mengikatnya sebelum diserahkan kepada pihak polis.

kena keroyok

Di bawah ini video selepas lelaki itu dikeroyok dan dibelasah oleh orang-orang kampung. Dia yang mengaku sebagai seorang Islam, mempertahankan tindakannya, dan cuba menggunakan alasan agama untuk menyerang orang-orang kampung berkenaan.


Sumber — milosuam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.