`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, January 30, 2019

Uncle Lim, Mana Pendrive? – Najib Razak

(Malaysian Gazette) – Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi meminta veteran politik DAP, Lim Kit Siang menunjukkan pendrive yang mengaitkan beliau dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais pada September 2015.
Bekas Perdana Menteri itu mahu ahli Parlimen Puteri Iskandar itu mengemukakan maklumat mengenai bukti pendrive yang dimaksudkanya sebelum ini.
Kata Najib, Kit Siang kini berpura-pura tidak nampak perkara tersebut.
“Walaupun beliau mungkin telah mengambil cuti awal sempena hari perayaan sejak tiga hari dahulu, saya masih nak memberi sedikit peringatan kepada MenHEN (Menteri Hal Ehwal Najib).
“Sudah nak masuk empat bulan setelah saya meminta beliau untuk mengeluarkan bukti pendrive yang merupakan “bukti” bahawa saya terlibat dengan pembunuhan mendiang Kevin Morais.
“Tetapi Lim Kit Siang (林吉祥) macam buat-buat tak nampak sehingga sekarang.
“Kalau masih tak dapat cari pendrive ini, nanti orang akan kata Uncle dan DAP ialah penipu dan telah fitnah saya lagi selama ini..Itu tak baik.
“Menteri, sila tunaikan amanat Rakyat dengan baik,” kata beliau dalam statusnya yang dimuat naik di Facebook beliau.
Najib juga telah berkongsi hastag #MisiMencariPendrive #MisiMencariMenHEN
Pada November 2015, adik Kevin, Charles Morais mendakwa beliau memiliki pendrive yang didakwa diterima daripada abangnya itu yang dikatakan mengandungi bukti berhubung kes 1MDB dan SRC International selain bukti kenapa Kevin dibunuh.
Rentetan pengakuan itu, pada Oktober tahun lalu, Charles dan Kit Siang mendakwa pembunuhan Kevin mempunyai hubung kait dengan 1MDB.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.