`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, January 26, 2019

Mahathir Dedah Umno Telah Rompak Rakyat Selama 61 Tahun

(Malaysia Gazette) – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan UMNO sebagai parti penyamun yang mencuri duit rakyat dan kini sudah musnah.
Parti itu juga dakwanya sudah tidak ada masa depan.
Katanya, parti yang pernah berjuang untuk kemerdekaan dan membangunkan negara selama 45 tahun telah berubah menjadi penyamun wang rakyat.
Menurutnya, situasi itu telah menyebabkan beliau terpaksa lari meninggalkan parti yang dipimpinnya selama 22 tahun atau lima penggal.
Jelas beliau, semasa beliau jadi Presiden UMNO, parti itu tidak mencuri duit atau tidak pernah buat perkara tidak baik sehingga boleh menang dua pertiga dalam lima pilihan raya umum.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.