(AbuLeman) – Seorang penyokong Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam memuat naik satu hantaran di facebook miliknya yang mendakwa Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris (TMJ) atau mungkin ditujukan kepada kerabat keluarga DiRaja Johor telah memukul rakyat sehingga mati.
Komen itu dibuat berhubung dengan kekecewaan TMJ dalam isu Statut Rom yang telah dipersetujui oleh Malaysia tanpa merujuk kepada Majlis Raja-Raja Melayu.
Menurut Zaharin Mohd Yasin yang menyokong dengan keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam menyertai Statut Rom itu, dahulu TMJ atau keluarga DiRaja Johor mengamalkan kekejaman terhadap rakyat dengan menyatakan secara spesifik sehingga berlaku perbuatan terajang, sepak dan memukul rakyat sehingga mati.
“..Jangan menyibuk hal yang tiada kaitan dengan kamu. Dulu-dulu boleh nak terajang, nak sepak, nak pukul orang sampai mati. Kini Sorry.. Rome Status melakukan TANPA peduli siapa kamu,” petikan dari hantaran yang dibuat oleh Zaharin di facebook miliknya.
Warganet mengecam tuduhan dan fitnah yang dilontarkan terhadap TMJ dan keluarga DiRaja Johor dan meminta pihak polis menangkap serta menyiasat Zaharin sebelum berlaku ketegangan di dalam masyarakat.
Sebelum ini telah tular satu cerita Sultan Johor, Tuanku Sultan Mahmood Iskandar yang ketika itu menyandang jawatan sebagai yang Dipertuan Agong telah memukul seorang kedi dengan menggunakan kayu golf sehingga mati kerana mentertawakan cara bginda bermain golf.
Rentetan daripada itu abang kepada kedi itu yang dikenali sebagai Prebet Adam telah mengamuk di jalan Chow Kit dengan membawa bersama senjata M-16 miliknya. Tembakan rambang dilakukan oleh Prebet Adam hingga mengakibatkan kematian beberapa orang awam.
Kisah yang ditularkan itu hanya separuh benar. Prebet Adam memang benar-benar mengamuk tetapi bukan kerana adiknya mati dipukul oleh Agong. Prebet Adam tidak mempunyai adik yang mati sebagai kedi golf.
Prebet Adam mengamuk kerana mempunyai masalah tekanan perasaan yang sangat teruk akibat dibuli, didera mental dan fizikal sehingga pernah diarahkan melakukan seks oral oleh para seniornya di kem tentera.
Cerita kedi dipukul oleh Sultan Johor yang juga ketika itu menjawat jawatan YDP Agong adalah tidak benar dan fitnah kepada keluarga DiRaja Johor yang mana cerita itu masih dipercayai oleh masyarakat sehingga ke hari ini.
Kali ini cerita itu dimainkan semula oleh Zaharin mungkin bertujuan untuk mengajak rakyat membenci TMJ dan seluruh keluarga DiRaja Johor kerana tindakan TMJ yang mengkritik Perdana Menteri pujaan Zaharin.
Bahkan tuduhan fitnah itu juga boleh membuat rakyat mula membenci dan menolak Sultan dan Raja-Raja di negeri yang lain. Warganet menggesa pihak polis menangkap dan mendakwa Zaharin di bawah akta hasutan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.