(Abu Leman) – “Saya berbuat demikian kerana yang menuduh Dap itu rasis, anti Islam adalah datang dari sebelah sana yang sekarang menjadi ketua kerajaan,” tegas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.
Jawapan Ahli Parlimen Ketereh itu merujuk kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Dap dari Batu Kawan, P. Kasthuriraani yang mempersoalkan tindakan Annuar beberapa tahun lalu mengadakan peraduan rencana mengenai pemimpin Dap rasis dengan tawaran wang tunai serta dimuat naik ke pelbagai medium seperti blog termasuklah di UMNO-Online yang mana Kasthuriraani melihat sebagai memupuk sikap rasis di kalangan rakyat.
“Oleh itu, saya memerlukan bahan-bahan bukti. Bila saya nak mendapatkan bahan bukti saya telah membuka kepada orang ramai untuk mengemukakan bukti dan saya..” ujarnya tanpa sempat menghabiskan jawapannya akibat gangguan dari beberapa ahli Parlimen Dap.
Disebabkan kekangan masa yang diberikan oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, Annuar menggulung perbahasannya dengan serangkap pantun.
“Badan berbulu namanya lutong,
Tidak berakal walau berotak,
Tak malu ke bossku Jelutong,
Nampak pandai tapi tak bijak.”
Tidak berakal walau berotak,
Tak malu ke bossku Jelutong,
Nampak pandai tapi tak bijak.”
Sebelum itu, beberapa ahli Parlimen dari Dap dilihat ‘panas’ apabila dikaitkan dengan fahaman komunis terutamanya dari Jelutong, R. Rayer hingga Mohamad Ariff yang mengikut fahamannya mahu Annuar tarik balik kenyataan tersebut atas desakan beberapa wakil Dap.
“Saya boleh tarik perkara yang saya tidak kata, tidak ada masalah… saya nak ulang apa yang saya kata.
“Yang saya kata dalam catatan sejarah termasuk dokumen yang disimpan oleh Kementerian Dalam Negeri dan laporan punca berlakunya peristiwa 13 Mei, adalah unsur-unsur gerakan parti Komunis memberi sokongan kepada Dap. Saya tak kata Dap Komunis,” tegas Annuar ketika membahas Usul Titah Diraja, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Justeru Mohamad Ariff berkata akan melihat kembali penyata rasmi (handsard) dan membuat keputusan mengenai perkara tersebut pada esok.
Ulang Annuar juga, soal fahaman parti Komunis menyokong pihak-pihak tertentu ada dalam catitan sejarah negara Malaysia dan Singapura.
“Sewaktu parti PAP ingin menguasai Singapura ditulis dalam beberapa catatan sejarah, mereka dapat simpati dan disokong oleh gerakan parti Komunis di Singapura.
“Dalam negara kita juga, sejarah ada membuktikan peranan parti Komunis di negara kita, dan parti itu ada memberikan sokongan-sokongan tertentu kepada pihak-pihak yang tertentu. Itu yang saya maksudkan.
“Saya tidak menyatakan Dap parti Komunis, ataupun pemimpin Dap dipengaruhi Komunis. Tidak, itu terpulang kepada Dap sendiri nak membina ketahanan diri mereka, yang kita tahu Dap adalah parti yang memperjuangkan dasar-dasar Sosialis sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan parti Dap,” katanya.
Dalam celahan Ketua Whip Barisan Nasional, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah membuat kenyataan bahawa terdapat pemimpin kerajaan yang berfikiran sosialis.
Annuar turut memaklumkan kepada Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi dalam celahannya yang mengatakan Dap mengamalkan Sosial Demokrat agar pemimpin Dap itu memberikan maklumat tersebut kepada perdana menteri.
Pada awal-awal ucapan, Annuar turut memberi sepucuk pantun yang dituju khusus kepada Rayer.
“Kalau takut dilambung ombak,
Jangan berumah di tepi pantai,
Kalau tak mahu kena tempelak,
Berfikir biar berhemah bertutur biar pandai.”
Jangan berumah di tepi pantai,
Kalau tak mahu kena tempelak,
Berfikir biar berhemah bertutur biar pandai.”
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.