`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, March 8, 2019

Penghina Nabi Sedih Dibuli Ketika Ditahan Orang Awam..

Polis mengesahkan telah menangkap pemilik akaun Facebook'Danny A'antonio Jr' pada 6 Mac lepas kerana membuat komen jelik terhadap Agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Permohonan reman pula dibuat pada 7 Mac 2019.


Suspek itu berusia 28 tahun dan akan disiasat dibawah seksyen 298A kanun keseksaan kerana mencetuskan ketidakhormonian dikalangan masyarakat dan seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar rangkaian komunikasi.


Sebelum ini wajah suspek ditularkan di sosial media kerana menghina Nabi Muhammad SAW.



Ketika suspek ditahan orang awam, beliau telah dipersendakan dan aksinya itu dirakamkan dan menjadi tular di sosial media.

Meskipun dibuli, netizens bagaimanapun tidak bersimpati dengan suspek kerana beranggapan beliau sendiri yang mencari masalah.

Pada mulanya Foo Sing Wai dilaporkan menghina Nabi dan beberapa laporan polis serta demo dilakukan bagi mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan.

Polis kemudiannya menyiasat kes itu dan mendakwa Foo Sing Wai kerana cuba mencetuskan ketidakharmonian dikalangan masyarakat. 

Bagaikan ada satu kebangkitan, secara tiba-tibanya lebih ramai pihak tampil secara terbuka dengan menghina Nabi dan Islam.


Perkara itu mencetuskan kemarahan dikalangan umat Islam.

Beberapa siri laporan polis dibuat kemudiannya siasatan dibuka terhadap individu-individu yang dikesan menghina Islam menggunakan saluran media sosial.

Bagi memerangi hal itu, JAKIM kemudiannya menubuhkan skuad khas untuk memantau komen jelek dan menghina Islam. -sozcyili

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.