`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, March 11, 2019

Surat Daripada jemaah Masjid Kota Damansara Dan Soalan Cepu Mas Bagi Dato Yang Di Perbodohkan (Atau Yang Turut Main Wayang).

Image result for RM1,422,980.00 cheque

Saya telah terima nukilan berikut yang telah viral dalam WhatsApp. Saya tidak tahu kebenaran atau kesahihan 'surat' tersebut tetapi kandungan surat ini bukanlah menghina batu-batu hitam atau putih sesiapa pun, menggugat  keselamatan sesiapa pun atau menumpulkan otak dan minda sesiapa pun (yang telah pun tumpul). So, kita baca dulu surat jemaah ini. Kemudia kita akan bertanya sedikit soalan cepu mas.


PEMBOHONGAN DAN KEBENARAN*

Saya terpanggil untuk menceritakan kebenaran atas dasar mengenali Dato R____i M__a yg juga merupakan Jemaah Masjid Kota Damansara. Saya tidak begitu rapat berbanding rakan rakan jemaah yg lain. Beliau merupakan seorang jutawan yang merendah diri dan mempunyai rangkaian membekal barangan auto mobil di Asean.

Beliau banyak menyumbang kepada Masjid Kota Damansara termasuk Van Jenazah. Kebanyakan pemimpin PIS yang mahu keluar negara akan berjumpa beliau untuk mendapat duit belanja

(OSTB : Wah baik sungguh.  Err..saya bukan ahli tetapi saya pun akan ke luar negara dalam sedikit masa..boleh kasi sedikit duit belanja tak . ...err ...untuk LIMA orang sahaja? Thank you.)

Pernah suatu ketika duit yang mahu di salurkan UM_O kepada PIS di arahkan mengunakan akaun syarikat beliau RM1 juta setiap minggu. Di sebabkan ke-enganan beliau LHDN menghantar pasukan untuk membuat pemeriksaan dan sampai sekarang fail fail yg di ambil belum di pulangkan lagi.

(OSTB : Ya ke? Fitnah LHDN pula? Habis macam mana pula dia boleh setuju bayar duit RM1.4 juta kepada wanita Mat Salleh itu? Tiba-tiba dia sudah tidak takut "guna akaun syarikat" pula? Cerita ini sudah macam hadis berkuman saja.)


Dato R____i M__a  memang kenalan rapat dengan Hj Kodi dan juga pemimpin kanan PIS. Malah ada pemimpin kanan PIS bekerja dgn beliau dgn hanya memberi kuliah di surau surau.

(OSTB : Itu pasal daripada dulu lagi saya dah mai khabaq. Hangpa pi duduk dengaq kuliah-kuliah depa ini, otak hangpa akan berkulat busuk.)  

Sepatutnya bayaran kepada R__castle B__wn berbentuk tunai seperti permintaan pemimpin PIS tetapi kerana keenganan Peguam R__castle B__wn maka terpaksa menggunakan cheque peribadi Dato R____i M__a atas dasar bayar dahulu bagi pihak kerana syarat Br__n mesti di bayar pada 1/2/2019.

(OSTB : Atas dasar 'You pay for me first then I will reimburse you later.'  Baiklah elok saya tanya soalan cepu mas yang pertama. Apakah 'consideration' bagi Dato Banyak Duit Tetapi Bangang ini untuk bayar duit sebanyak RM1.4 juta itu yang hanya menguntungkan atau 'benefit' pihak PIS? 

Kedua belah pihak - yang sokong Dato Banyak Duit serta pemimpin PIS yang tidak dapat menafikan Dato Banyak Duit telah bayar RM1.4 juta - mesti jawab soalan cepu mas ini?

Kenapa pula Dato Banyak Duit ini sudi membayar RM1.4 juta kepada R__castle Br__n? Why?

Apa consideration atau benefit atau kebaikan yang Dato ini akan dapat daripada perbuatan "I will pay for you first then you reimburse me later" ?


Apabila rahsia terbongkar dan R___zi mendedahkan nama pemunya cheque, PIS mengambil jalan tidak bertanggung jawab dengan menafikan bayaran tersebut. Malah tidak seorang pun pemimpin kanan PIS menghubungi beliau.

Press conference yang di buat Hj Kodi dengan menafikan sebarang pengetahuan tentang pembayaran pada R__castle Br__n telah membuatkan keluarga Dato R____i begitu sedih dan tidak menyangka ianya datang dari pemimpin tertinggi PIS.

Sepatutnya presiden PIS lebih bersikap bertanggung jawab dan membantu mereka yang telah banyak menyumbang kepada PIS. 

(OSTB : Itu lah. Awak semua tak baca blog OSTB.  Mungkin sebab tak reti baca omputih, macam calon Bersatu yang kalah di Semenyih hari itu. Dari dulu lagi saya telah pecahkan rahsia 'General Theory Of Relativity' berkaitan agama. Pertama : The religious people are the greatest liars.  Ulang sekali lagi ok : The religious people are the greatest liars.  Kedua : No money no religion. Ulang banyak kali ok : No money no religion.

Sekarang duit sudah hilang. RM1.4 juta. PIS pula tak mahu mengaku atau mahu tolong Dato Banyak Duit.

Lawatan Hj Kodi ke Bangkok atas isu serantau pun dgn bantuan Dato R___li dengan mengunakan pengaruh Pengerusi syarikat beliau di Thailand untuk bertemu menteri dan Raja Siam.

OSTB : I say brader-brader, kenapa pula pemimpin awak ini sungguh gemar melawat bukan saja negara kafir tetapi pusat maksiat taraf antarabangsa?  Bangkok adalah pusat pelacuran yang famous dalam dunia. Seorang lagi brader itu dulu suka ghaibkan diri ke Jakarta - satu lagi pusat maksiat yang hebat tetapi tidak sehebat Bangkok. Sarjan dan koporal mereka pula suka ke Golok.   Dia pergi ke Bangkok untuk berjumpa dengan Raja Siam? Jangan bohong.  Macam lah Raja Siam tak ada kerja lain.

Ulama kah kita, apabila kita berbohong untuk menyelamatkan parti dan bukannya menegakan kebenaran demi menjaga nama Islam.

Jemaah Masjid Kota Damansara...

(OSTB : Maka terbuktilah - masuk jemaah pun tidak hilang jahil.  Jemaah jahil di Kota Damansara yang tidak faham sedikitpun maksud ilm - alim - ulama. Atau maksud habar. Takpelah. As long as tuan-tuan tahu warna tahu bunyi - bila lampu merah berhenti, bila berdering maksudnya kena jawab telefon - itu sudah ok dah. Boleh survive. Boleh kahwin bini muda - di Siam.

Ok here is the soalan cepu mas yang final.

Siapa akan bayar balik atau reimburse duit RM1.4 juta itu? 

Sebab isu ini sudah jadi kontroversi. 
Habis siapa pula yang akan re-imburse duit RM1.4 juta itu?

Atau betulkah Dato Banyak Duit ini betul kaya raya dan sanggup 'burn' sahaja RM1.4 Juta !!   Wow !!

Kalau betul Dato Banyak Duit ini sanggup 'burn' RM1.4 Juta, saya rasa eloklah LHDN melawat Dato Kaya Raya ini dan buat sedikit odit. 

Dari mana datangnya duit RM1.4 Juta yang banyak itu yang dia sanggup 'burn' begitu saja?

Atau pun apakah Ketua LHDN pun jenis tutup mata sebelah atau otak gear dua sahaja? (Negara kita kan banyak bermasalah?)

Atau (banyak atau) mereka semua main wayang juga. 
Tunggu lagi dua minggu, sehingga orang pun dah lupa (Melayu memang pelupa) dan duit RM1.4 juta itu akan dibayar balik juga? Mungkin menerusi money changer ? Mana tahu.

Rosmah pun gunakan money changer mamak - yang sudah lari balik pergi ke India.  Saya pun mamak. Itulah - kau tak mahu kawan dengan saya. Rugi kau.

p.s.  Seorang penyamun bersenjata pecah masuk rumah orang.  Dia suakan pistol depan muka penghuni rumah dan mengugutnya :  "Pilih . . . hidup . . . atau . . .  mati".  Orang rumah itu jawab 'Saya pilih 'atau'.  (Ini joke Kamarudin di Kota Bharu.)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.