`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, March 8, 2019

UNTUK PERHATIAN PEJABAT PERDANA MENTERI ATAU PMO : JOHOR BAHRU LUBUK INDON Oleh : ASAM PEDAS JOHOR

Image result for Johor

I received this from a reader Asam Pedas.Thank you. This story has been going on for a very,very long time. Will the new Pakatan Harapan government take some action? Or is this a type of "Projek IC' to increase the 'Muslim' population in the country?
.
.
Hari ini Johor Bahru sudah jauh berubah wajah dengan kebanjiran pendatang Indon yang boleh masuk ke dalam Johor dengan begitu mudah sekali.
.
.
Modus operandi di Indonesia adalah paling  mudah.  Pertama sekali, dari seluruh pelusuk Indonesia mereka perlu berkumpul di Batam. Dan inilah bab yang paling sukar yang perlu diatasi. Dari Batam mereka naiki feri ke Stulang-Johor Bahru atau Pasir Gudang. Bila tiba di Johor, mereka perlu menuju ke kaunter Imigresen yang telah dikaw-timkan dan beratur di sana. Kemudian  serahkan paspot kepada pegawai Jabatan Imigresen Malaysia yang telah juga berkaw-tim terlebih dahulu dengan ‘calo’ (atau 'runner'), dan Pegawai Imigresen itu akan cop paspot mengizinkan pendatang Indon itu tinggal di Malaysia selama sebulan. 
.
.
Pembayaran untuk cop izin telah dipersetujui dan diurus oleh runner yang bersubahat dengan Pegawai Imigresen. 
.
.
Selepas itu, setelah berada dan bekerja di Johor Bahru selama 27 - 28 hari, Indon itu akan pulang ke Batam dan menginap selama dua - tiga malam di rumah atau hotel murah yang telah diuruskan runner. Selepas menerima isyarat "ok" daripada Pegawai Imigresen yang terlibat, pendatang Indon akan kembali ke Johor Bahru. 
.
.
Berapakah bayaran untuk cop yang di “gerenti”? Mengikut maklumat, setiap pendatang Indon membayar antara RM450 -  RM600 SEBULAN. 
.
.
Memandangkan  frekuensi  perkhidmatan feri  Batam ke Stulang-Johor Bahru yang beroperasi tanpa putus setiap jam,  tujuh hari seminggu, cuba bayangkan berapa ramai  pendatang Indon  yang keluar masuk di Johor Bahru sahaja. Bayangkan berapa banyak pendapatan bulanan pegawai imigresen yang korup.  Tentu sekali 'posting' di Imigresen kawasan Stulang, Pasir Gudang  adalah paling lumayan sekali.
.
.
Tetapi apakah kerajaan baru Tun Dr Mahathir Mohamed akan mengambil sebarang tindakan untuk membanteras laluan tikus ini? Dan mengambil tindakan yang keras ke atas pegawai Imigresen yang terlibat ? 
.
.
(Pastinya bukan se-ekor atau dua ekor yang terlibat tetapi mesti termasuk Pegawai Imigresen yang tertinggi di Johor dan mungkin juga di Putrajaya, sebab  amat mustahil jika pegawai tinggi Imigresen di Johor dan Putrajaya TIDAK TAHU MENAHU tentang  'skim cepat kaya'  Imigresen ini yang telah lama berlangsung  bukan saja di Johor tetapi di semua  pusat kawalan masuk ke dalam negara "entry points").
.
.
Bagi pendatang Indon, membayar RM450 - RM600 sebulan masih berbaloi, kerana gaji mereka (bekerja  buruh di pasar, cleaner apartment, kondo atau di restoren) boleh melebihi RM1,000 - RM1,500 aebulan. 
.
.
Yang bekerja sebagai tukang masak boleh mendapat pendapatan RM70 - RM90 sehari atau hampir RM2,700 sebulan. Tidak kurang juga bagi mereka yang "berniaga" seperti menjual apam balik dan satay. 
.
.
Ini adalah “win-win” situation untuk semua - pegawai Imigresen dapat duit rasuah, runner dapat komisyen untuk 'gerenti cop', dan pendatang Indon  boleh jadi hamba dan mencari rezeki di Johor Bahru. 
.
.
Dulu modus operandi ini berlaku secara kecil-kecilan tetapi sekarang sudah  menjadi big business taraf “sektor industri” yang tersendiri  yang telah memudahkan begitu ramai pendatang Indon masuk ke Johor Bahru sehingga mereka sudah "take-over" Johor Bahru.   (OSTB :  Seterusnya mereka boleh menjadi ahli UMNO dan bertanding jawatan presiden parti -  kecuali mereka terlibat 1MDB,  kleptokrasi, curi duit rakyat dan sebegitu.)
.
.
Dan mengikut perubahan terkini dalam 'skim cepat kaya' Imigresen, sekarang ini sudah sampai giliran pendatang Pakistan pula yang mula meningkat bilangan mereka di negeri Johor.  Di semua tempat sekarang  pendatang Pakistan sudah mula berniaga secara "berjalan", bermotor,  membuka kedai runcit dan menjual karpet.
.
.
Soalan cepu mas bagi   Pengarah Imigresen Negeri dan Pengarah Imigresen Malaysia, apakah Tuan-Tuan tidak tahu apa yang sedang berlaku ataupun Tuan lebih suka "tutup mata sebelah" sahaja?
.
.
ASAM PEDAS JOHOR

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.