`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, December 27, 2019

15 pendatang warga Filipina ditahan di Lahad Datu

Menurut polis kesemua suspek berusia antara 3 dan 50 tahun itu ditahan semasa pemeriksaan dijalankan di Kampung Tong Batu Lok Damai di Pulau Sakar, Sabah. (Gambar PDRM)
LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan 15 individu warga Filipina di Pulau Sakar dekat sini dalam satu operasi bersepadu dilaksana bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, hari ini.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata kesemua suspek berusia antara 3 dan 50 tahun itu ditahan pada pukul 12.30 tengah hari semasa pemeriksaan dijalankan di Kampung Tong Batu Lok Damai di pulau berkenaan.
“Pemeriksaan awal mendapati kesemua suspek gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah, malah kesemua suspek mengakui secara lisan bahawa mereka berasal dari Filipina semasa disoal oleh pegawai penguatkuasa dari Jabatan Imigresen,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Katanya semua suspek kini disiasat dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.
Dalam pada itu, Mohamad Pajeri berkata, operasi yang dilaksanakan itu bertujuan membanteras kemasukan pendatang haram ke Sabah.
“Operasi bersepadu hari ini melibatkan 3 pegawai serta 16 anggota PPM Lahad Datu, selain 4 anggota dan pegawai Imigresen.
Tiga aset PPM digerakkan bagi melancarkan operasi,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.