`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 24, 2019

Berkenaan Bayaanun Lin-nas, Sumpah Laknat Dsbnya




Mufti WP kata mahkamah tempat sesuai melakukan sumpah, jika diperlukan

gesa melarang majlis sumpah laknat dilakukan di masjid
(melibatkan kepentingan awam atau kes dibicarakan di mahkamah)

bagi mengelakkan institusi masjid dimanipulasi
wujud mahkamah untuk menyelesaikan isu perundangan
mahkamah lebih sesuai dan tepat untuk melakukan sumpah, jika diperlukan.
wajar melarang majlis berkaitan sumpah atau sumpah laknat 

Berkenaan sumpah dan mubahalah, kami akan menerbitkan Bayan Linnas khas

My comments :  Perkara 'sumpah' dirujuk dalam dua ayat al Quran.


Surah 24:6-9

[24:6]  Dan orang-orang yang menuduh isterinya, sedang mereka tidak ada saksi-saksi hanya dirinya sendiri, maka persaksian bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; -

[24:7]  Dan sumpah yang kelima : Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta. 


[24:8]   Dan bagi menghindarkan hukuman, isteri itu hendaklah bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta

[24:9]   Dan sumpah yang kelima : Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar. 

Dalam Surah 24:6-9 ianya merujuk secara khusus kepada kes tuduh menuduh oleh seorang suami terhadap isterinya.  Si suami perlu sumpah empat kali bahwa isterinya curang. Dan sumpah no. 5 adalah dia sedia dilaknat Allah jika dia membohong.

Isteri pula boleh menafikan atau menolak tuduhan suaminya (Surah 24:7-9) melalui 'sumpah' empat kali termasuk sumpah no. 5  bahawa dia pun rela ditimpa azab Allah jika dia yang berbohong. 

Jadi kes 'sumpah laknat' Surah An Nur ini (Surah 24) adalah khusus bagi masalah antara suami dan isteri. Tidak tersebut kes bunuh wanita asing, bunuh wanita Mongolia, bunuh wanita bukan muhrim, kes menggunakan pembunuh upahan, menggunakan komando polis untuk bunuh wanita asing dsbnya.  

Ayat sumpah empat kali adalah khusus bagi isteri yang kena tuduh oleh suami. 

Sila perhatikan bahawa Al Quran tidak sebut di mana pun keperluan sumpah empat kali oleh seorang isteri terhadap suami yang curang.  

Ataupun bahawa suami yang curang boleh menafikan tuduhan isteri dengan mengambil sumpah empat kali.  (Merujuk kes terbaru seorang isteri muda menuduh suami ostard TV berlaku curang dengan wanita lain.)  

Dalam Surah 24 (Surah an Nur) sumpah empat kali ini hanya khusus dalam kes suami yang menuduh isteri. 

Juga tidak disebut tempat yang sesuai atau tidak sesuai untuk bersumpah antara suami dan isteri ini. Juga tidak tersebut keperluan untuk saksi. Tentu sekali ini adalah urusan peribadi antara suami dan isteri. 

Satu lagi rujukan sumpah laknat adalah dalam Surah  3:59 - 62 seperti berikut :




[59]   Sesungguhnya perbandingan Isa di sisi Allah adalah sama seperti Adam. Allah telah menciptakannya dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia.

[60]  Perkara yang benar ialah yang datang dari Al Rabb (Pemelihara kamu). Maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-ragu.





[61]    Kemudian sesiapa yang membantahmu mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta".


[62]    Sesungguhnya ini ialah kisah-kisah yang benar; dan tiadalah tuhan melainkan Allah; dan (ingatlah), sesungguhnya Allah, Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Jelas sekali sumpah laknat di atas bukan melibatkan kes bunuh, kes mengupah orang untuk membunuh wanita asing dsbnya.

Juga tidak disebut tempat atau lokasi untuk bersumpah laknat. Ataupun kecualian daripada menggunakan media seperti WhatsApp, akhbar, internet, Facebook, TV dsbnya.

Sumpah laknat dalam ayat 3:59 - 62 di atas ditujukan kepada orang yang menafikan atau mengingkari kebenaran ayat-ayat Allah swt ia itu Al Quran (merujuk kebenaran kisah Isa dan Adam dalam al Quran). 

Surah 3:60  Al haqq min al rabbiq   Perkara yang benar ialah yang datang dari Al Rabb (Pemelihara kamu) 

Al Quran adalah al haqq min al rabbiq.

Jadi sesiapa yang menafikan al haqq min al rabbiq ini dicabar untuk bersumpah laknat.  Contohnya jika berani mencabar kebenaran Al Quran, sila bersedia bersumpah laknat.

Dalam Surah Al Imran ini tidak ada sedikit pun kaitan sumpah laknat dengan percubaan untuk menafikan tuduhan membunuh Altantuya, membunuh wanita asing, mengupah komando polis unutk membunuh wanita Mongolia dsbnya.

Ayat-ayat Surah an-Nur dan Surah Al-Imran di atas berkenaan sumpah dan laknat adalah khusus atau spesifik bagi dua keadaan yang khusus.


Bayanun Lin-naas

Mufti WP juga telah membuat kenyataan berikut :   Berkenaan sumpah dan mubahalah, kami akan menerbitkan Bayan Linnas khas

Bayan linnas khas?? 

Yang berikut ini adalah Surah 3:138 berkenaan bayaa-nun lin-nas atau penerangan bagi manusia. 



Surah 3:138   Haatha bayanun lin-nasi wa-hudan wa-maw-ithatun lil muttaqeena 

[3:138]    (Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang bertaqwa. 


Maksudnya Al Quran lah yang menjadi bayanun lin naas atau penerangan kepada seluruh umat manusia. 

Dan sudah tentu sekali bayanun lin naas dalam Al Quran ini juga menjadi al haqq min al Rabbiq. 

Mufti WP merasa bahawa pejabat mufti pun boleh "menerbitkan Bayan Linnas khas" .  
Bagi saya, saya rasa sangat kerdil apabila berdepan dengan ayat-ayat Al Quran. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.