`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, December 13, 2019

Cuepacs: Tiada penjawat awam sabotaj kerajaan PH, hanya masalah komunikasi

Setiausaha agung Cuepacs Adnan Mat.
KUALA LUMPUR: Insiden “daulah terpendam” atau rasa tidak puas dalam kalangan penjawat awam hati yang menyebabkan mereka mensabotaj pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak berlaku.
Setiausaha agung Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat menolak dakwaan itu dengan berkata, isu sebenar yang melibatkan penjawat awam dengan kerajaan PH ialah masalah komunikasi.
“Isu daulah terpendam yang kita dengar sejak Mei 2018 tidak berlaku dalam kalangan penjawat awam sebab penjawat awam terikat dengan skop tugas sedia ada.
“Isu sabotaj tidak wujud. Yang ada cuma masalah komunikas antara orang baru dan lama dalam kerajaan. Orang baru ini ingin buat perubahan, tetapi tidak tetapkan dalam dokumen (tiada dasar baru), hanya bercakap sahaja.
“Akhirnya dokumen (dasar) yang sedia ada (zaman kerajaan dulu) itulah yang dilaksanakan oleh pegawai kerana kalau pegawai langgar dasar sedia ada dia juga salah,” katanya.
Beliau berkata, pegawai awam sebagai kumpulan yang melaksanakan dasar akan meneruskan kerja mengikut dasar sedia ada, lalu menyebabkan berlakunya pertembungan kefahaman yang boleh menimbulkan prasangka bahawa pegawai tidak melaksanakan arahan ketua, menteri dan sebagainya.
“Pegawai terikat dengan skop dan fungsi tugas yang ditetapkan,” katanya pada satu sidang media di Wisma Cuepacs di sini, hari ini.
Katanya, pertembungan yang berlaku menyebabkan pegawai menjadi mangsa sehingga ada dalam kalangan mereka dibekukan tugas.
“Jadi yang jadi mangsa ialah pegawai, yang akhirnya ‘disejuk beku’ (tugas). Ini merugikan rakyat dan kerajaan sebab kita bayar gaji pegawai, tetapi mereka ‘direhatkan’,” katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan mendapatkan maklumat mengenai dakwaan wujudnya insiden “daulah terpendam” dalam kalangan pejawat awam yang cuba mensabotaj pentadbiran kerajaan PH.
Beliau bagaimanapun melahirkan keyakinan sekiranya perkara itu benar-benar berlaku kerajaan mampu menanganinya.
Konvensyen Cuepacs pada 17 hingga 19 Dis
Dalam perkembangan lain Adnan berkata, kira-kira 1,400 perwakilan Cuepacs bakal mengundi bagi menentukan kepimpinan tertinggi kesatuan itu minggu depan.
Konvensyen Tritahunan kali ke-28 kesatuan selama 3 hari akan bermula pada 17 hingga 19 Dis ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dijangka menyaksikan pertembungan 5 penjuru bagi merebut jawatan presiden.
Menurut Adnan, presiden Cuepacs, Azih Muda tidak akan mempertahankan jawatan pada pemilihan kali ini kerana akan menamatkan perkhidmatan pada 16 Dis.
Selain Adnan, persaingan 5 penjuru itu turut membabitkan timbalan presiden, Zainal Ismail dan timbalan setiausaha kewangan Cuepacs, Mohd Razali Singah.
Dua lagi calon ang bakal bertanding ialah presiden Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia, Abdul Malik Mohamed Zin dan presiden Kesatuan Pegawai-Pegawai Hutan Melayu Semenanjung Malaysia, Ahmad Shuffir Zakaria. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.