`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 24, 2019

India patut malu dengan Malaysia, kata Hadi

Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
PETALING JAYA: PAS berkata India sepatutnya malu dengan Malaysia dan negara Islam lain yang menerima pendatang dari negara itu sebagai rakyat, susulan India meluluskan Akta Pindaan Kewarganegaraan bersifat diskriminasi terhadap orang Islam.
Presidennya, Abdul Hadi Awang berkata India hanya mengundang masalah besar kepada negaranya apabila meluluskan rang undang-undang (RUU) kontroversi yang memberi kerakyatan kepada pendatang haram dengan syarat mereka bukan beragama Islam.
“Sepatutnya India malu kepada Malaysia khususnya kerana menerima pendatang India dibawa oleh penjajah menjadi warganegara Malaysia yang tidak lagi mahu pulang ke India.
“India juga sepatutnya menyedari betapa ramainya kaum India diterima menjadi pekerja dan bermaustautin di negara umat Islam khususnya negara Arab yang paling rapat dengan Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada 11 Disember lalu, Parlimen India meluluskan RUU yang membenarkan berjuta pendatang haram bukan Islam dari Afghanistan, Bangladesh dan Pakistan diberi kewarganegaraan meskipun ditentang dengan pelbagai protes dan gesaan rakyatnya agar ia ditarik balik.
Hadi berkata tidak wajar sebuah negara besar seperti India boleh terpengaruh dengan propaganda Islamofobia yang ditaja oleh Barat terhadap umat Islam.
“Tindakan tersebut adalah budaya pilih kasih paling ketinggalan pada zaman bertamadun dikenakan terhadap umat Islam yang banyak berjasa kepada tamadun seluruh dunia termasuk India.
“Apakah negara seperti India boleh terpengaruh dengan Barat yang pernah menjajahnya, sehingga merasakan dirinya sebahagian daripada dunia Barat bukan berada di benua Asia?
“Apakah India belum merdeka maruah dan jiwanya walaupun penjajah Barat sudah keluar daripada buminya?” soalnya.
Jumaat lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengkritik dan melahirkan rasa kesal dengan keputusan India yang meluluskan RUU kontroversi itu.
New Delhi kemudiannya menyifatkan Malaysia tidak harus mencampuri urusan dalaman negara lain dan kerajaan India dilaporkan memanggil Duta Besar Malaysia berhubung kenyataan Mahathir.

Pentadbiran Narenda Modi berdepan protes hampir 2 minggu selepas Parlimen meluluskan RUU tersebut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.