`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, December 20, 2019

Menteri mahu keselamatan individu dalam tahanan terjamin

Setiap orang dalam jagaan mana-mana agensi penguatkuasaan mesti dijamin keselamatan mereka. (Gambar Reuters)
KUALA LUMPUR: Setiap individu yang berada di bawah jagaan mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang perlu dijamin keselamatan mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong.
Beliau mengulas mengenai keputusan kes sivil di Mahkamah Tinggi Johor Bahru semalam yang memutuskan keluarga Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur, yang dilapor meninggal dunia ketika dalam tahanan polis pada November 2014, dibayar sejumlah ganti rugi.
“Terdapat keperluan untuk akauntabiliti dan setiap orang dalam jagaan mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang mesti dijamin keselamatan mereka,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Liew menegaskan kerajaan akan meneruskan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) yang bakal mempunyai kuasa untuk menyiasat kes seumpama itu, selain memastikan terdapat akauntabiliti.
“IPCMC bukan sahaja memastikan akauntabiliti polis, tetapi sebagai sebahagian daripada mandat berkanun yang juga bertindak ke atas isu kebajikan polis dan menjaga kepentingan pasukan polis,” katanya.
Mengenai hala tuju IPCMC, Liew berkata kerajaan akan mengadakan semula sesi libat urus bersama semua pihak berkepentingan termasuk Polis Diraja Malaysia dan masyarakat dalam usaha menyempurnakan Rang Undang-Undang (RUU) IPCMC.
Katanya, kerajaan juga mengalu-alukan sebarang cadangan tambahan berhubung RUU tersebut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.