`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, December 15, 2019

NGO: Pakej umrah, haji tarik orang Melayu terima rasuah

Akhbar Satar berkata menerima rasuah dalam bentuk pakej umrah dan haji tidak memberi manfaat, malah menambahkan dosa. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA: Pakej menunaikan ibadah haji dan umrah termasuk dalam bentuk sogokan rasuah kerana ia dapat menarik orang Melayu menerimanya, kata Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Akhbar Satar.
Beliau yang juga bekas presiden Transparency International Malaysia (TI-M) berkata kebiasaannya ahli politik dan ahli perniagaan yang ingin mendapatkan sesuatu akan memberi rasuah dalam bentuk pakej tersebut.
“Ini sudah lama berlalu dan semua ada buat.
“Kalau kamu lihat Melayu suka dapat pergi umrah dan haji, jadi perasuah bagi lah, tetapi mereka perlu bagi sesuatu balik seperti beri kontrak atau percepatkan bayaran,” katanya kepada FMT.
Selasa lalu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berkata amalan memberi dan menerima rasuah dalam kalangan penjawat awam tidak lagi terhad kepada pakej membabitkan wang, hiburan serta seks, tetapi turut melibatkan pakej menunaikan ibadah haji dan umrah.
Latheefa berkata, tindakan memalukan itu berlaku kerana penerima rasuah tidak mampu mengawal nafsu hingga menyebabkan mereka terjebak dalam aktiviti tidak bermaruah itu.
Akhbar Satar.
Mengulas lanjut, Akhbar berkata menerima rasuah dalam bentuk pakej umrah dan haji tidak memberi manfaat, malah menambahkan dosa.
Beliau menasihati mana-mana individu, tidak kira pegawai kerajaan atau sebagainya, supaya tidak menerima rasuah.
“Sebab kalau terima rasuah ini orang akan arahkan kita dalam semua perkara, sedangkan mereka dapat pendapatan berlipat kali ganda.
“Ini beri kesan buruk pada projek seperti kualiti rendah, lambat siap dan kadang kala beri kesan tak baik pada negara,” katanya.
Beliau berkata, perlu ada pengawasan supaya individu ini tidak terlibat menerima rasuah termasuk menerima pakej umrah dan haji.
“Buat pengawasan dan kita sendiri kena bersih, kalau ketua kita tak betul kita pun jadi tak betul.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.