PETALING JAYA: Perkhidmatan bas Cityliner di Kelantan lumpuh hari ini apabila lebih 100 pemandunya mogok selepas didakwa tidak menerima gaji sejak 2 bulan lalu.
Mogok itu dilaporkan menjejaskan operasi antara 60 hingga 70 bas hari ini, selepas pemandunya tidak datang kerja dan tidak dapat dihubungi.
“Mogok itu menjejaskan operasi bas dengan laluan yang meliputi pelbagai bandar, dari 6 pagi hingga 9 malam,” menurut sumber kata laporan Bernama.
Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) Sdn Bhd, yang mengendalikan operasi bas Cityliner, enggan mengulas apabila wartawan pergi ke pejabatnya pagi tadi.
Bernama juga tidak berjaya menghubungi kesatuan sekerja SKMK.
Sebelum ini, tersebar satu rakaman audio di WhatsApp, mendakwa perkhidmatan bas terganggu susulan mogok tersebut.
Pada Nov 2009, 110 pemandu bas Cityliner pernah mengadakan mogok membantah kegagalan pengurusan memperjelas sebab-sebab gaji mereka dipotong sebanyak RM100 sebulan.
Mogok yang bermula antara 6 pagi dan berakhir 12.15 tengah hari menyebabkan beribu-ribu pengguna pengangkutan awam tersebut terkandas.- FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.