`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, December 26, 2019

Saudi tiada, tapi Wahhabi ada di Sidang Kemuncak KL



Pada 2017, Soumaya Ghannoushi puteri kepada Rashid Ghannoushi, watak di sebalik Parti Ennahda (francais Ikhwanul Muslimin) yang berjaya menempa kejayaan menguasai kerajaan di Tunisia mengarang suatu komentar yang agak berani. Tulisan pendek Soumaya itu terbit di sebuah platform media bernama Arabi21.
Ketika itu Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Bahrain sedang membuat musuh terhadap Qatar (sebuah negeri Wahhabi di Timur Tengah). Mereka mengepung Qatar. Salah satu tujuan sekatan inisiatif Saudi tersebut ialah agar Qatar menekan Ikhwanul Muslimin.
Soumaya berterus-terang sahaja dalam rencana ringkas beliau itu. Seruan Soumaya dalam karangan berbahasa Arab tersebut mengandungi satu mesej untuk Ikhwan: Merdekakan diri kamu dari Wahhabisme habis-habisan. Soumaya menegaskan Wahhabi mempengaruhi umat Islam kepada satu gejala buruk; keganasan, dan sektarianisme.
Sebelum kita memahami keberanian dan kebijaksanaan di sebalik Sidang Kemuncak 2019, kita perlu meninjau kembali bagaimanakah Ikhwanul Muslimin sampai terjerat dengan jerutan Saudi ini? Ini kerana kegusaran dan seruan Soumaya itu bersebab sekali: Ikhwan perlu membersihkan diri daripada Wahhabi.
Kita perlu menjejak kembali ke era 1960an-70an. Semasa itu terdapat persaingan antara Saudi dan Mesir yang masing-masing cuba menjadi jaguh.
Raja Faisal bin Abdulaziz Al Saud (1964-1975) mempelopori Pan-Islamisme untuk mengatasi Pan-Arabisme yang dijual Mesir. Ikhwanul Muslimin yang diasaskan pada 1928 menolak gagasan Presiden Gamal Abdel Nasser tersebut. Hal ini dapat difahami memandangkan Ikhwan mempunyai tujuan akhir untuk menjadikan Islam sebagai tunjang serba-serbi kehidupan; khusus dalam politik, dan itu hanya dapat dilakukan dengan menjatuhkan rejim sedia ada.
Akibat daripada impian ini tidaklah sederhana. Begitu ramai anggota Ikhwan ditangkap dan dihukum bunuh, termasuklah selebriti dakwah – Sayyid Qutb.
Pun adiknya, Muhammad Qutb berjaya melarikan diri ke Saudi, dan mulai mengajar di Universiti Raja Abdul Aziz. Di situ beliau menebar idea mengenai jahiliah moden dan ia mengisi benak semua Islamis di mana jua pun, termasuk Malaysia. Mahathir malah pernah digelar Firaun.
Perhatian Saudi kepada Pan-Islamisme itu dan layanannya terhadap anggota Ikhwan dengan segera menarik minat pelbagai lapisan umat Islam. Serta-merta, kesetiaan melampaui trans-nasional, khususnya dari anggota Ikhwan, berjaya dipukat Saudi dengan mudah.
Kebetulan masalah paling menyengat di Saudi tatkala itu ialah kekurangan guru dan pensyarah. Maka penghijrahan besar anggota Ikhwan ke Saudi memberikan kelegaan buat krisis pendidikan Saudi yang memang memerlukan bantuan tenaga pengajar.
Menjelang itu Raja Khalid bin Abdulaziz Al Saud (1975-1982) semakin giat menawarkan pekerjaan kepada anggota Ikhwan. Khusus di universiti. Muhammad Qutb antara lain mengajarkan Osama bin Laden, dan ramai lagi pembangkang termasuk Safar al-Hawali.
Saudi membiarkan gerakan Ikhwan ini memandangkan gagasan ini memang melakukan satu kerja untuk mereka; memadamkan legasi Nasser, selain memenuhi agenda polisi luar Saudi yang ingin meraih perhatian menerusi projek Pan-Islamisme.
Tanpa disedari Ikhwan dan Saudi bergotong-royong dan bahu-membahu. Perlahan-lahan Wahhabisme meresap dalam benak anggota Ikhwan. Malah Saudi mulai dilihat sebagai pembela Islam dan jagoan.
Proses pembudayaan dan hibridisasi Ikhwan sebagai Wahhabi (untuk menghindari dikecam, kata Wahhabi kemudian diganti dengan Salafi) berlaku giat.
Maka bermulalah apa yang dinamakan “political Islam” dengan gagasan “Sahwa Islamiyya” (kebangkitan Islam). Hal ini disemarakkan oleh ulama Saudi yang menentang monarki dan melarikan diri ke Jordan.
Di sini mereka bertugas di universiti dan Malaysia pula menghantar ramai pelajar ke negara ini. Wahhabisme 2 kutub bersilang mencambah merata.
Untuk keadilan dalam hujah, Ikhwan “bercerai” dengan Saudi apabila Krisis Teluk Ke-2 tercetus pada 1990-91 di mana Riyadh mengizinkan kehadiran tentera Amerika Syarikat di Semenanjung Arab demi memerdekakan Kuwait dari penaklukan Iraq.
Keberadaan AS ini direstui oleh ulama Saudi dengan alasan-alasan maqasid. Mudarat kecil, kononnya. Namun, ia menimbulkan kejengkelan ramai. Ini membawa natijah kaum Islamis bercempera untuk mencabar Saudi. Ini termasuklah kelompok Ikhwan, yang menolak persekongkolan tersebut.
Soumaya melihat kecintaan terhadap Saudi mungkin berakhir, tetapi Wahhabisme sudah berakar kukuh dalam sarwa pandang Ikhwan. Malah kehendak Ikhwan dan gerakan Islam sewaktu dengannya untuk berkuasa di negara umat Islam semakin mendahaga.
Pertemuan Wahhabisme dan Ikhwanul Muslimin selama lebih 2 dekad itu tidak mudah dicairkan. Persenyawaan tersebut begitu melekat. Ia menjadi semarak dan mengental, malah menerbitkan janin, bayi, remaja dan orang dewasa yang sudah mendarah daging Wahhabi dalam jiwanya.
Setelah beberapa lama, Qatar yang juga sebuah kuasa Wahhabi mulai menjadi tumpuan Ikhwan. Doha tanpa segan silu mulai menanggung dan menaja Ikhwan dengan bergaya.
Emir Qatar diketahui simpatetik kepada Yusuf al-Qaradawi, ulama Mesir yang juga rujukan kerohanian Ikhwan. Qaradawi menetap di Qatar sejak 1961. Manakala stesen televisyen Al Jazeera menyediakan wadah yang ampuh agar Ikhwan dapat terus mempromosi ideologi mereka.
Pun, Qatar juga mempunyai alasan lain untuk berbaik dengan Ikhwan. Oleh Arab Spring; Mesir (buat seketika bawah Morsi) dan Tunisia jatuh ke tangan Islamis dan mungkin saja menempa masa depan yang cerah. Qatar perlu menjinakkan Ikhwan dengan waspada memandangkan Ikhwan di Qatar bubar sejak 1999.
Kemanjaan Ikhwan dan Qatar membuatkan Saudi meluat. Maka tidaklah menghairankan apabila Saudi memutuskan untuk melakukan sekatan terhadap Qatar pada 2017. Salah satu daripada 13 permintaan Saudi kepada negara jirannya itu adalah “memutuskan semua hubungan dengan organisasi pengganas, khususnya Ikhwanul Muslimin.”
Di tengah-tengah itu terdapat Turki yang kasih akan Morsi, justeru Ikhwan. Erdogan juga mempunyai hubungan yang tegang-kendur dengan Saudi. Bekas kuasa Uthmaniyah itu juga teringin menjadi jagoan dunia Islam dan tidak mudah membiarkan Saudi berwewenang.
Terdapat pula Iran, meskipun punya masalah sendiri seperti sekatan ekonomi dan keresahan rakyatnya, Iran memilih dengan bijak untuk menjaga hubungan kejiranannya dengan Turki mahupun Qatar. Ini tambah membuatkan Saudi kemurungan. Iran memang musuh Saudi, kerana apalah hidup Wahhabi kalau tidak menindas dan menyorakkan Syiah.
Di satu sisi yang lebih menyakitkan hati kita sebagai Sunni adalah Saudi galak mengebom Yemen, mencengkam Pakistan, menyeligi Sheikh Nimr dan mencincang Jamal Kashoggi.
Sidang Kemuncak KL 2019 hadir di tengah semua latar kompleks ini. Malaysia, sebuah negara Sunni kecil dengan bersahaja mengatakan “Yalla, pergi diam di sana Saudi”. Negara penaja Wahhabi itu rasa terusir.
Makanya kehadiran Qatar, Turki, dan Iran di Kuala Lumpur pada penghujung 2019 bukan sesuatu yang sederhana. Ia merupakan satu pilihan yang berlapis makna. Tentu Saudi marah dan geram. Qatar ada kemampuan ekonomi setara Saudi, Turki ada kelebihan diplomasi sementara Iran ada kekuatan teknologi meskipun disekat sana sini.
Tak mengapa Pakistan tidak hadir kerana diancam Riyadh, ini kerana Pakistan (selepas perdana menteri Benazir Bhutto) hanya memiliki kekuatan sperma, iaitu umpama buih dan busa yang banyak di samudera.
Sidang Kemuncak 2019 jika dipupuk bisa garang. Malah bisa menerjang. Pilihan Malaysia untuk melakukan ini tanpa Pertubuhan Kerjasama Islam yang digerhanai Saudi sangat-sangat berani dan terpuji.
Akan tetapi, nanti ya; sayugia diingatkan, masih terdapat anggota Ikhwan yang diselaputi Wahhabisme, itu terdapat turun-temurun dalam risalah usrah mereka. Doktrin tauhid nan 3 misalnya. Atau tafsiran kafir. Itu masih ditamrinkan.
Anggota Ikhwan dengan tubuh lain atau busana berbeza ini kini ada yang menjadi Jemaah Menteri di Malaysia. Ada yang sudah menguasai pemerintahan dalam kerajaan Pakatan Harapan. Inilah peri penting amanat, kekhuatiran dan rayuan Soumaya itu bersebab sekali: Ikhwan perlu membersih diri daripada Wahhabi. Takut-takut ada Ikhwan yang masih boleh dieksploitasi.
Bukan itu sahaja, watak-watak Wahhabi yang berlindung di Malaysia sedang menaik, dan tokoh agama Wahhabi yang menyamar Kaum Muda juga turut memainkan peranan. Kumpulan yang masih berkarat Wahhabi dalam kepala otak mereka ini dan agamawan yang masih menerima bekalan petro-dollar Saudi ini selamba menyusup masuk dalam Sidang Kemuncak KL 2019. Katanya ada yang diundang bercakap.
Saudi mungkin tiada, tetapi Wahhabi tetap ada. Ini kerana persetubuhan lama itu sudah mencambah macam-macam rupa keturunan. Oleh sebab sejarah Wahhabi yang mudah menukar pelbagai rupa, kita tidak tahu apakah kehadiran mereka ini – kumpulan Wahhabi bersembunyi – sebenar berkat atau sesial mudarat.
Selamat kiranya mereka yang duduk di kerusi keselamatan negara memerhatikan kumpulan kecil ini. Satu kecuaian akan membawa padah. Ini kerana Malaysia sudah terlanjur mengejek Saudi mandul. Arab padang pasir mudah terasa. Mereka akan bertindak. Untuk melakukannya, Wahhabi yang sedia ada di negara ini akan menjadi juak rahsia mereka. Mereka musuh dalam selimut.
Satu yang akan menjadi sentuhan lembut kaum Sunni kita adalah Haramain; iaitu Mekah dan Madinah, yang sampai hari ini ditakluk kaum Wahhabi dan Bani Saud.
Malang, 2 tanah suci itu akan menjadi tebusan. Kita mungkin akan akhirnya terpaksa melupakan apa yang disemai di Sidang Kemuncak 2019 bila terkenangkan Kaabah dan jasad Rasulullah. - FMT

1 comment:

  1. Assalamualaikum wr.wb,saya pak arianto pekerjaan saya sehari-harinya cuma seorang TKI pembantu di negara tentangga yaitu di malaysia yang pendapatannya tidak seberapa dan suami saya cuma kerja di kelapa sawit,buat biaya anak sekolah aja tidak cukup di kampung apalagi untuk mencukupi kebutuhan hidup keluarga sehari-harinya dan suatu malam saya buka internet dan tidak sengaja saya temukan number HP EYANG WORO MANGGOLO langsung saya telpon beliau dan menceritakan semua keluahan saya dan akhirya di kasih ANGKA GHAIB 6D benar-benar tembus dengan adanya EYANG semua hutang-hutang saya di kampung sudah lunas semua ,bahkan sekarang saya sudah buka usaha WARUNG MAKAN di malaysia!!! sekali lagi saya mengucapkan banyak terimah kasih kepada EYANG WORO MANGGOLO atas bantuan Eyang kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan EYANG WORO MANGGOLO pula yang telah memberikan angka ghaib hasil ritual,beliau kepada saya yaitu 6D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut-turut tembus .
    Solusi yang tepat jangan anda putus aza karna EYANG akan membantu anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB apa bila anda butuh angka togel 2D-3D-4D-5D-6D, dijamin 100% jebol.
    Apabila ada waktu silahkan/SMS EYANG WORO MANGGOLO di number 082-391-772-208 .
    DAN BELIAU JUGA BISA MENBANTU ANDA TUK PUTARAN YANG ADA DI BAWA.

    angka;GHOIB: singapur
    angka;GHOIB: hongkong
    angka;GHOIB; malaysia
    angka;GHOIB; toto magnum 4d
    angka"GHOIB; laos…
    angka"GHOIB; macau
    angka"GHOIB; sidney
    angka"GHOIB: vietnam
    angka"GHOIB: korea
    angka"GHOIB: kudalari

    sekali lagi makasih yaa KI waktu itu saya cuma bermodal uang cuma 300 ribu dan akhirnya saya menang banyak dan berkat angka gaib hasil ritual KI saya sudah buka usaha Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yang ingin seperti saya silahkan HUB/SMS EYANG WORO MANGGOLO di number 082-391-772-208 insya allah beliau akan menbantu anda semua.trimakasih.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.