`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, December 5, 2019

Usaha Berterusan PH Untuk Hapuskan Kedaulatan Undang-Undang Syariah

Dr. Mahathir telah benarkan DAP dan PKR membincangkan untuk menukar Perlembagaan Malaysia.
Sekali lagi Dr. Mahathir, digunakan sebagai patung dalam usaha DAP dan PKR bagi menghapuskan Undang-Undang Syariah melalui pemindaan Perlembagaan Persekutuan.
Niat yang tersirat dalam cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan ini akan menyebabkan Undang-undang Syariah di negara ini akan di hapuskan.
IRF Cadang Hapus Undang-Undang Syariah Melalui Pindaan Perlembagaan.
Dr. Farouk Musa dari Islamic Renaissance Front (IRF) membentangkan cadangan untuk mengubah serta menghapuskan kuasa Undang-Undang Syariah melalui pindaan terhadap Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, apparatus kerajaan tidak perlu untuk mengawal dosa-dosa peribadi melalui undang-undang.
Orang Islam bebas melakukan apa sahaja tanpa dikawal oleh hukum syarak.
Beliau membentangkan perancangan tersebut dalam satu pertemuan dengan kumpulan World Movement For Democracy yg mengadakan sesi pertemuan di Hilton, Kuala Lumpur.
Turut kelihatan hadir ialah Tian Chua (Pegawai Khas Menteri Kerja Raya), Cynthia Gabriel dari C4, Steven Gan (Malaysiakini) dan beberapa penggerak NGO yg lain.
Setelah ICERD mereka gagal, setelah Statut Rom mereka gagal, hari ini, PH sekali lagi mencuba untuk melenyapkan Islam di Malaysia melalui pindaan Perlembagaan Negara, Undang-undang Syariah melalui kerajaan Negeri akan di hapuskan…
Rakyat Malaysia dan umat Islam secara khususnya harus sedar, adakah kita sanggup untuk melihat kemusnahan ini di lakukan di depan mata kita?
Masyarakat Melayu Islam harus sedar, banyak implikasi yang menggugat kedaulatan dan kedudukan Islam sebagai ugama rasmi Malaysia akan berlaku sekiranya perancangan untuk menghapuskan Undang-Undang Syariah benar-benar menjadi kenyataan.
Dalam undang-undang Malaysia yang sedia ada, tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan mana-mana individu Islam yang berumur 18 tahun ke atas murtad, di ambil tindakan.
Ini terbukti dalam kes Lina Joy dan beberapa kes murtad lain yang berkaitan dengan perkahwinan antara lelaki atau perempuan Islam dengan pasangan mereka yang bukan berugama Islam.
Dalam peruntukan Undang-Undang Syariah, lelaki atau perempuan yang bukan Islam, sekiranya mahu berkahwin dengan mana-mana lelaki atau perempuan Islam, maka mereka dikehendaki menukar ugama mereka kepada ugama Islam sebelum Mahkamah Syariah membenarkan perkahwinan mereka.
Namun ianya tidak ada dalam mana-mana peruntukan Undang-Undang Sivil di Malaysia.
Itu hanyalah sebahagian contoh dari kesan dan ancaman kepada kedaulatan Ugama Islam, sekiranya usaha yang sedang mereka jalankan berjaya.
Banyak lagi ancaman kepada kedaulatan Ugama Islam yang akan berlaku sekiranya masyarakat Melayu Islam masih lagi tidur dan mengambil sikap tidak apa atau tidak mahu campur tangan dalam usaha yang sedang mereka lakukan.
Dengan restu Dr. Mahathir, dengan setujunya Anwar Ibrahim dan dengan membisunya pemimpin-pemimpin Islam di dalam kabinet kerajaan, nasib dan kedaulatan ugama Allah SWT di bumi Malaysia bergantung kepada masyarakat Melayu Islam!
Apakah kita akan sekali lagi berkata, kami dengar dan kami taat padamu, wahai musuh Allah?
Atau kita akan bangkit dan mengatakan, kami dengar dan bantulah kami untuk pertahankan ugama Mu, Ya Allah.
Hari ini, pilihan di tangan kita, namun kesannya nanti akan menimpa anak cucu kita!
DATUK MOHD RAZLAN RAFII,
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.

1 comment:

  1. Assalamualaikum wr.wb,saya pak arianto pekerjaan saya sehari-harinya cuma seorang TKI pembantu di negara tentangga yaitu di malaysia yang pendapatannya tidak seberapa dan suami saya cuma kerja di kelapa sawit,buat biaya anak sekolah aja tidak cukup di kampung apalagi untuk mencukupi kebutuhan hidup keluarga sehari-harinya dan suatu malam saya buka internet dan tidak sengaja saya temukan number HP EYANG WORO MANGGOLO langsung saya telpon beliau dan menceritakan semua keluahan saya dan akhirya di kasih ANGKA GHAIB 6D benar-benar tembus dengan adanya EYANG semua hutang-hutang saya di kampung sudah lunas semua ,bahkan sekarang saya sudah buka usaha WARUNG MAKAN di malaysia!!! sekali lagi saya mengucapkan banyak terimah kasih kepada EYANG WORO MANGGOLO atas bantuan AKI kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan EYANG WORO MANGGOLO pula yang telah memberikan angka ghaib hasil ritual,beliau kepada saya yaitu 6D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut-turut tembus .
    Solusi yang tepat jangan anda putus aza karna EYANG akan membantu anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB apa bila anda butuh angka togel 2D-3D-4D-5D-6D, dijamin 100% jebol.
    Apabila ada waktu silahkan/SMS EYANG WORO MANGGOLO di number 082-391-772-208 .
    DAN BELIAU JUGA BISA MENBANTU ANDA TUK PUTARAN YANG ADA DI BAWA.

    angka;GHOIB: singapur
    angka;GHOIB: hongkong
    angka;GHOIB; malaysia
    angka;GHOIB; toto magnum 4d
    angka"GHOIB; laos…
    angka"GHOIB; macau
    angka"GHOIB; sidney
    angka"GHOIB: vietnam
    angka"GHOIB: korea
    angka"GHOIB: kudalari

    sekali lagi makasih yaa KI waktu itu saya cuma bermodal uang cuma 300 ribu dan akhirnya saya menang banyak dan berkat angka gaib hasil ritual KI saya sudah buka usaha Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yang ingin seperti saya silahkan HUB/SMS EYANG WORO MANGGOLO di number 082-391-772-208 insya allah beliau akan menbantu anda semua.trimakasih....?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.