`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, June 18, 2020

Annuar Musa arah konsisten basmi peniaga asing haram di pasar borong

Annuar Musa.
KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Annuar Musa mengarahkan penguatkuasaan konsisten membasmi peniaga warga asing yang berniaga secara haram di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang.
Beliau berkata masih ada aktiviti melibatkan warga asing di sekitar pasar borong itu, walaupu pasar itu sendiri tiada warga asing yang berniaga secara haram.
“Jangan buat sekali dan tidak buat dah. Kadang-kadang, masalah itu masalah kita sendiri,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Gelandangan Kuala Lumpur hari ini.
Beliau mengulas pertanyaan pemberita adakah masih ada perniagaan haram melibatkan warga asing di pasar borong itu.
Annuar berkata setakat ini sudah hampir 200 premis haram milik warga asing disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.